Wednesday, March 30, 2011

Ujian kesabaran

Salam,

Huwaaaaa.......semalam malam dan pagi2 buta ni dah menguji kesabaran aku.anak2 mak buat perangai..geramnya. biar mak citer satu2 dulu. Start dgn kejadian malam  semalam.

Kejadian pertama

Jam menunjukkan pukul 6.45pm....suasana didalam rumah yang hiruk pikuk (cuba imagine k...). Yang sikecik aleya asal dgn aku jer nak merengek.pantang aku bangun nak masak merengek.....sabar.....sabar.....x sabar.aper lagi keluar la suara aku yang mmg dah besar ni. senyap.dah elok main2 aku pun angkat la bontot nak masak tiba2 merengek balik. aku pun guna kaedah psikologi konon "mama nak masak.aleya main masak2 ngan abang k" jawab si abang "abang lelaki la.pompuan je main masak2" aku jawab"ala kali ni jer main masak2.lain kali air(uzair) main menan air lak" si abang membebel lagi "semuanya nak suruh air main ngan adik.mama je la main" aku pun dah x larat nak berbalas ckp ngan dia. so last skali aku upah sorang satu coklat. terus senyap.malas la umpan bdk2 ni dgn benda2 mcm tu.tapi kalu dah x boleh bla sgt last resort mmg kena buat camtu.
Pukul 7.00pm br aku leh start masak.yang simple2 jer. aku buat spageti. semua benda mmg dah sedia.tinggal nak masak jer.time aku goreng bebola daging tiba2...."mama air nak berak" aku pun suh dia masuk toilet. Dah settle cebok si abang aku sambng balik masak. dan2 aku nak goreng kali yg ke2 aleya plak berak. berak berjemaah lak. cepat2 aku settlekan coz takut hangit la daging aku tu nanti. Selesai masak dalam kul 7 lebih, dah masuk maghrib pun, aku ajak bdk2 ni semayang skali. pas semayang aku ajak mkn.dah mkn aku ajak tido dlm kul 8 lebih. time aku nak bentang tilam, satu kejadian berdarah terjadi. waktu aku tgh bentang tilam si abang n si adik tengah berkejar-kejaran.sekali bertembung.si abang berdarah gak la gusi maybe terhantuk siadik gosok2 kepala sakit.menangis mmg tak hingat la. aku rasa kat taman tu umah aku yang paling riuh malam tadi. bawak si abang berkumur n si adik aku tuam ngan tangan aku yang panas tu....x sempat nak tuam ngan air panas memandangkan nak kena handle bdk2 yang tgh melalak ni.
Bila semua dah reda aku baringkan sorang2 n menurunkan nasihat aku kepada anak2ku.(cewah) "mama dah ckp kalu dlm umah jgn berlari2, sekarang dah sakit. lain kali nak dgr ckp mama tak?" si abng angguk2 yang si adik sibuk peluk bear. aku bgn buat susu sorang sebotol pelok sorang2 kat bwh ketiak n terus lena dgn aku2 sekali terlena. Si suami balik kul 10pm baru tersdar n bgn semayang n sambung tido balik.

Kejadian kedua.

Pagi ni hujan lebat. si suami kena gerak awal pg ni coz ader hal.aku tgh sedap mandi time ni lps dah siapkan uzair nak kesekolah. tiba2......ai adik ketuk pintu bilik air "mama....mama....yak (berak)." aku bukak pintu n terkejut coz dia dah tolong bukakkan pampers sendiri. OMG.aku sumbat dia dlm bilik air n gi tgk kat dpn ketulan2 yang tidak diingini.membebel dah aku time tu ngan  si abang."naper abang x jaga adik.tgk adik dah sepahkan taik" senyap jer dia.mood x baik pagi2 ni. Aku settlekan aleya n pastu mop lantai.jam dah pukul 6.semua x siap lagi.lewat la nampaknya ari ni. tapi sebenarnya x lewat pun.

kepada anak2ku mama layan je la ngan perangai korang.



Juju

Monday, March 28, 2011

Makan malam semalam

Salam,

Semalam pegi c4 beli barang dapur. tiba2 teringat nak buat tuna melt ala2 piza san fransisco. So percubaan untuk kali kedua tp kali ni guna roti gardenia ajer. malas nak beli roti perancis coz pasti x hbs. so hasilnya seperti dibawah. Konon-kononnya nak tangkap gambar time tgh buat tp biasa la org jenis x bergambar so luper je la.


sesi membakar. sila lihat dengan keadaan kepala dipusingkan.


dah siap untuk dimakan. sorang 2 keping. anak2 makan nasi untuk tambahkan berat badan. mak n ayah sila makan roti ajer. ni pun dah byk kolesterol.....
Pasni cuba resepi lain plak. adios.....


Juju

Friday, March 25, 2011

Pizza or Mkn2 di Bowling

Salam,

Menu tengahari....tapi sebelum tu dah ader undian samada mkn pizza or mkn kat tmpt bowling. Dan.........undian sebulat suara memilih PIZZA walaupun terdapat ketidakadilan semasa undian.....hahahahaha....

Tapi masih teringat salmon steak kat Marche......urmmmmmmm sgt sedap. En suami silalah belanja Pn Isteri yang dah mengidam nak mkn salmon.....

salmon steak yg sgt sedap. Nyum...Nyum...

Pie berries yg sgt sedap....



Juju

Thursday, March 24, 2011

Pengalaman mengandung

Salam,

Teringat pengalaman mengandungkan uzair & aleya. Motip citer pasal mengandung????? Skang ramai member2 yang baru naik pelamin. So lepas ni dgr la citer bunting sana bunting sini. tu yang teringat zaman2 mengandung. Kalu nak kata best ke tidak mengandung mmg la best tp perkara2 yg terpaksa dilalui semasa proses mengandung tu yg payah skit.
Pengalaman aku mengandung uzair n aleya mmg mengalami alahan yang teruk bangat. seawal 5 bln pertama, muntah teruk tak payah cakap la. kalu keje, tong sampah mesti ader kat sebelah.kadang2 x sempat pun ke tong sampah...hehehehe. Keluar masuk hospital x payah cakaplah due to hyperemesis gravidarum (severe morning sickness).
5 bulan gantung kuali. jimat gas aku n minyak wangi coz segala bau-bauan tidak boleh dihidu. Nasib duduk dekat ngan mak ayah. Setiap hari tanpa jemu hantarkan makanan kat aku....hehehehe (bertuah punya anak). Jadinya skrg bila org kata bila nak tambah lagi......ermmmmmm. buat masa ni blm sedia tp kalu dah rezeki tuhan nak bagi terima sahaja.
Bila alahan teruk sgt mcm2 aku dgr org bercakap psl jantina anak. kalu teruk sgt lelaki tu....tp ader yg kata perempuan tu..... sudahnya alhamdulilah dah sepasang pun anak aku. So aper2 pun semuanya daripada ALLAH.
Untuk teman2 yg belum dikurniakan zuriat atau baru nak mencuba jangan cepat putus asa. Berusahalah. Setiap usaha yang dibuat pasti ader ganjarannya....




Uzair Hazmi sejurus selepas dilahirkan. D.O.B 20.2.2006

Rasha Aleya semasa aqiqah. D.O.B 11.4.2009





Juju

Thursday, March 17, 2011

Gila kuasa

Salam,

Kenapa org yang memang dah berkuasa menjadi lebih gila kuasa????? Tidak perlu untuk gila kuasa untuk menampakkan kita yang terbaik, terbagus dan segalanya. Kena lihat pada diri dan kerja yang diamanahkan. Adakah kerja yang memang dipertanggungjawabkan kepada kita telah kita buat dengan baik sehingga kerja orang lain kita sibuk nak tahu. Sepanjang yang aku tahu kerja sendiri pun terumbang ambing sibuk nak busy2 kerja orang. Masalah kerja sendiri yang tak selesai sibuk nak selesaikan kerja orang. Inilah susahnya kalu orang atas tidak menggunakan kuasa yang ader untuk control benda2 ni semua dari berlaku. mmg pengagihan kerja perlu tapi tidak la sampai menyibuk kerja orang lain.
Setakat ni aku bersabar. Tapi kesabaran aku ada hadnya. Kalau lepas ni benda2 ni berlaku aku mmg x boleh sabar dan aku tak peduli aper orang lain nak cakap.



Juju

Wajah kesayangan hamba

Salam,

Inilah wajah-wajah kesayanganku. Dialah penawar hati, penyakit hati (nakal sungguh la) dan segalanya.

Uzair Hazmi

Uzair n Mama

Uzair n Ayah

Uzair dgn aksi remp-it

Aleya budak botak

Uzair budak bucuk

Uzair berpakaian sekolah

Aleya yang merenung ........

mama with aleya n uzair

Syukur kepada tuhan atas apa yang diberikan. Mama sayang Ayah, Uzair dan Aleya. Muahhhhh......


Juju

Tuesday, March 15, 2011

Perginya untuk selama-lamanya......

Salam,

Tanggal 11 Mac 2011 - Suami kepada sahabatku Noorfadzilah Hashim telah pergi menemui ilahi untuk selama-lamanya. Takziah. Tabahlah menghadapi dugaan allah. Adakalanya setiap yang berlaku menginsafkan umatnya. Bila perkara2 nie berlaku sendiri kepada kawan rapat kita sendiri, terasa seperti bermimpi. Betul ker??? Aku sendiri tertanya bila bangun dari tidur keesokannya. Melihat org yang tersayang masih hidup dan bersama-sama kita, bersyukur kepada tuhan.
Cuma kita tidak tahu bilakah org yang kita sayang ataupun kita sendiri dijemput olehNya.Samada kita bersedia atau tidak kematian tidak akan menunggu. Hanya Allah Maha Mengetahui........

Wednesday, March 9, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Salam,

Setiap yang datang dalam hidup kita pasti akan pergi meninggalkan kita. Bezanya peninggalan itu samada secara kekal atau tidak. Minggu ni episod sedih bakal berlaku didalam hidupku. Bos aku merangkap teman baikku akan bertukar ke tempat kerja. Kenapa yek aku cakap bos merangkap teman baik????? sebab dia mmg seorg bos ditempat kerja aku. Diluar waktu kerja dia adalah seorg sahabat yang begitu prihatin dengan aku.
Aku sedih memandangkan hampir 5 tahun kami bersama mengharungi suka duka bersama, mendengar kata2 nista bersama2 dan segalanya. Walaupun dia adalah sahabat baikku tetapi aku tetap menghormati beliau sebagai bos pada waktu kerja. Cuma ade hati dan mulut2 yang x reti nak jaga elok2, suka memberikan anggapan/pandangan yang aku rasa diorg x layak utk judge hubungan kami. Kononnya aku kaki kipas, mempengaruhi keputusan bos dsb. Ader diorg tanya susah payahnya kerja yang kitaorg buat tanpa ader yang backup. Yang tahu hanyalah mengata.
Hubungan aku dan dia mmg rapat berpunca daripada proses kerja yang kitorg lalui. Memandangkan aku yg senior utk handle pasal proses kerja skang, jadi dia byk belajar daripada aku masa mula2 masuk dulu. So secara tidak langsung kami rapat sehinggalah sekarang. Jadi diorg yang tak tau aper2 sila jangan suka sgt jadi gossipper.
Sedikit sebanyak ketiadaan dia membuatkan aku terasa sgt kehilangan. Tapi hidup perlu diteruskan. So lepas ni kita bebas untuk buat aper saja tanpa ader yang cakap belakang coz u bukan lagi BOS i. I Like u....hehehehe. So jangan lupa perancangan kita utk pergi melancong this year ok.
Untuk Pn. Asyaara Binti Karim, teruskan semangat dan usaha anda yang begitu gigih. Pasni aktiviti sushi n menjelajah tempat2 yang boleh menaikkan nafsu makan secara tidak langsung berat badan masih berjalan seperti biasa k.

- Cherish the time we spend together-

Tuesday, March 8, 2011

Gambar Kahwin

Salam,

Pernah tak korang tengok balik gambar kahwin korang? Kat office skang semenjak 2 menjak ni bercerita pasal kahwin2 memandangkan ader yang br jd raja sehari. Aku n gang teringat balik yang diantara kitaorg ader yg berhutang untuk tunjuk gambar kahwin. So mane2 yang tak tunjuk lagi kena bwk untuk tatapan......ader yang mcm isma (ex nabil raja lawak)....hehehe aku la tu. (jauh panggang dari api rasanya). ader yg mcm waheeda (bini akhil hayy). tp memang pun.kalu dah masing2 yang x pernah bermekap suddenly kena mekap so mmg cantik la.(termasuk la aku) hehehehehe.saper lagi nak puji kalu bkn diri sendiri. Dari pemerhatian aku la byk benda yg aku discover antaranya:-

a) Berat badan aku yang dulunya 45kg skang telah menjadi 68kg - hasil daripada laki aku yang tak pernah nak larang bini dia mkn yang bukan2. (laki aku jugak yg dipersalahkan)

b) Pipi yang dulu nak kata cengkung tapi x cengkung....gebu kot...(sila jangan terbluek) skang dah tembam.

c) Laki aku yang dulunya x berapa nak berisi tp skang dah mcm tong drum dah (hahahaha.... sori bang)

Kesimpulannya, bila pikir2 balik melalui zaman muda adalah sgt indah....tp melalui zaman2 kearah 3 series ni pun sangat indah plus mencabar.