Wednesday, November 30, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalam,

Tahun ni first time aku join sambut maal hijrah di tempat keje baru. Sambutan diadakan di PICC. Ramai gak jabatan kerajaan & swasta yg join. Aku on je apa lagi baju semua disponsor. Overall sambutan meriah. Ada yang bwk family & kebetulan ada jualan dr Metrojaya kat PICC so memang ramai la yang datang.

Akhir kata Salam Maal Hijrah pada semua kengkawan. Semoga Maal hijrah tahun ni  memberi kebahagiaan, kesejahteraan dan dimurahkan rezeki kepada aku sekeluarga dan seluruh umat islam didunia & diakhirat. Insyallah.




Pentas bercahaya di PICC


Geng-geng BPA Putrajaya


Sahabat baik. Kemana jer mesti berdua.




Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, November 23, 2011

FULLHOUSE


Kotak pun dah comel




Kek yang comel. Sekali telan dah ok....tapi yang sopan santun cam aku 3-4 kali baru habis.


Terbaik...strawbery cake


Bebudak ni memang suka sangat dengan cake.

Assalam

Teringin so ape lagi pekena dessert la....cake dari FULLHOUSE. Sangat comel & sedap. Sayang nak makan....jom layan. Kalau terliur pegi la FULLHOUSE.....

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, November 18, 2011

Gambar kartun Uzair & Aleya


Gambar Uzair & Aleya yang siap dilukis


Sama tak dengan gambar kat atas tu????

Assalam,

Sebenarnya gambar ni dah hantar hampir sebulan kat budak ni.Baru semalam aku dapat dek macam2 sebab la. Gambar ni sepatutnya gambar keluarga (aku,en suami, uzair & aleya.) tapi boleh plak gambar aku ngan en suami hilang. Dah le aku bagi kad akuan nikah. Nasib en suami tak marah. Tp budak tu janji akan cari kad tu. Sian aku.Dah le gambar time muda remaja (bajet gambar yg terhasil akan kelihatan cantik).

Ape pun aku puas hati. Gambar ni aku nak framekan. Pada kawan2 yang nak bua,t aku boleh bagi alamat & no tel budak tu. Skang kalu tak silap diorg tengah bukak meja kat Wisma Tani, Putrajaya. Kalu sesiapa berminat boleh contact nombor ni ok.

Geng Lukih - Syazwan Jaafar (016-3716005)
Shadow Art Production
No.25A, Tingkat 1, Jalan 1/42
Off Jalan Kuching, Taman City
Charge gambar hitam putih RM10 seorang & gambar colour RM20 seorang.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, November 16, 2011

Aku, Hospital, KL, Johor & Panggung Wayang

Assalam,

2 hari cuti dengan bermacam-macam program yg aku buat. Jumaat cuti sebab bwk si kecil Aleya ke HUKM. Check mata. Dah sebulan bisul kat mata Aleya tak elok2 so aku decide jumpa doktor takut ade aper-aper yang serius. Alhamdullilah takde yang serius cuma doktor suruh observe dalam sebulan ni and temujanji seterusnya 15/12/12. Habis checkup takde ape nak buat so ajak my sis yg kebetulan cuti jugak gi KL menyopping. Tapi kali ni naik BAS. Perghhh penat gila. Bygkan hampir 10 tahun aku tak naik bas. Agak jakun jgk la coz sekarang naik bas dah canggih. Pakai kad. Padanlah my sis suruh bwk t&go. Keseluruhan aku rasa perkhidmatan bas dah byk berubah dan semakin bagus kalu nak dibandingkan 10 tahun lepas. Gambar naik bas aku tak ambik. Jap gi orang kata aku jakun plak.
Hari sabtu & ahad ke johor attended majlis kawin sepupu kat Felda Kahang Barat. Pekena kopi kawww kat Kluang Rail Station.
Hari isnin plak gi sekolah Uzair ukur baju. Alhamdullilah Uzair diterima masuk prasekolah tahun depan. Selesai ukur baju ape lagi.....Jaya Juscolah jawabnya. Disebabkan dah janji nak bwk uzair tgk Alamak Toyol so inilah waktu yg sesuai. Orang memang tak ramai. Syiokkk gila. Jalan cerita menarik & tak berat sangat. Sementara nak tunggu citer start aku ajak uzair pegi kedai buku. Nak cari mainan ringan Uzair utk cuti sekolah. Nanti cuti taklah uzair bosan & neneknya pun dah bagi warning awal kat uzair cuti sekolah tetap kena belajar. Habislah uzair...mama dah kena kecik2 dulu. Korang dulu macamana? Time cuti sekolah ape aktiviti yang korang buat? Sila kongsi & boleh aku aplikasikan untuk uzair & aleya. Selamat cuti sekolah.....


 Mata Aleya dah semakin kurang bengkaknya.


Penat lepas menyopping. Nak balik dah time ni tapi hujan. Ape lagi pekena minum petang la.



My sis yang setia menemani & dia la yang ajar aku naik bas turun bas naik lrt bagai. Penat sehhhhh....


OTW ke Johor.


Bebudak dengan Umi diorang.


Tiket wayang Alamak Toyol. Sementara nak tunggu ape lagi snap gambar la.


Suka budak sorang ni....


Mainan ringan untuk uzair. Semedang main ngan dia asyik kena kalah  jer.... tensi aku...


Buku untuk cuti sekolah uzair. Bagus buku ni tau.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 10, 2011

Jalan-jalan raya PD

As salam,

Raya haji kali ni beraya di PD bersama-sama family en.suami. Dan yang paling gembira sape lagi kalu bukan budak berdua tu...Uzair ngan Aleya. Asal bercuti mesti tanya "mama ada kolam tak?". Because of that en.suami amik Tiara Beach Resort untuk tempat penginapan sepanjang berada kat PD. Tapi pada aku la tempat tu dah tak sebest mcm dulu. Very poor service. Yang bestnya cuma taman tema je la.

Aktiviti kitaorang selain mandi manda ada jugak aktiviti luar yang kitaorg buat. Main go kart kat Extreme Park, karaoke (lokasi dekat ngan politeknik PD), tgk Ostrich kat Ostrich Farm & yg paling mencabar gi rumah api tanjung tuan kat Taman Rekreasi Tanjung Tuan. Sangat memenatkan. Mendaki hampir 300m dgn keadaan berbukit. Budak2 dah sibuk suh dukung. Saper2 yang minat aktiviti mendaki aku rasa bukit tu tak mencabar langsung la.Tp utk aku kira itu la yang paling mencabar.


Go kart bersama SIL


En Suami sebelum beraksi dengan BIL dan sepupu sepapatnya.


Karaoke. Waktu ni bebudak dah ngantuk.


Uzair sebagai penyanyi latar


Time ni memang geli la. Terkezut aku time ostrich tu makan. Aksi spontan tu tau.


En suami yang konon-konon cool. Lepas tgk aku buat baru la nak cuba.


Time ni panjat bukit nak gi Rumah Api. Waktu ni masih excited lagi. Tapi tak sampai 5 minit memasing sibuk nak berdukung.


Aleya. Mata yang masih belum elok lagi. Happy nak mandi kolam


Uzair yang kepenatan.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 3, 2011

Telah jatuh cinta dengan....

As salam,

Hehehe....jatuh cinta sekali lagi. Gara-gara en suami la ni. Walaupun rupa tak secantik mana tapi aku tetap sukakannya.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Tose Rava.......i'm in love





Published with Blogger-droid v1.7.4