Saturday, December 24, 2011

I'm back......kerja oh kerja...

Assalam,

Hari ni berblog semula setelah hampir 2 minggu menyepi. Banyak sebab aku menyepi seketika....tuntutan tugas. Umum pun tau sistem perkhidmatan awam akan tukar ke SBPA tahun depan so memandangkan aku duk kat sumber manusia so memang sangat sibuk. Taskforce selama 2 hari nak settlekan benda ni. Tapi sebelum nak settle dengan lepas dah settle lagi banyak keje. 2 minggu jgk la pergi gelap balik pun gelap. Demi negara la katakan.....hikhikhik macam tentera plak.

Minggu depan baru sempat nak bercuti. Kesian bdk2 asyik tanya bila nak gi jalan2 mandi kolam. Diorang asal jalan jer takde tempat lain selain kolam. So aku & en suami decide pegi Penang so akan bercuti mulai 26-28 dis. Boleh la hilangkan penat seketika sebelum melangkah ke tahun baru 2012 yang tentunya banyak kerja yang menanti......huhuhuhu.....


Keadaan meja yang berselerak





Workstation yang bersepah-sepah. Haru biru time ni....


Alhamdullilah kembali seperti biasa semula. Lepas ni 5S pulak....


Budak-budak yang dah tak sabar nak bercuti......

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, December 12, 2011

Lagi lagi Cameron Highlands....

Assalam,

Minggu ni memang bercadang balik koyan. Seperti biasa kalu balik mcm2 la. Memandangkan musim buah makanya manggis, durian la yg aku cari. Hasilnya sekarang tekak dah sakit2.
Selain tu sekarang ni aktiviti wajib aku kot asal balik koyan mesti nak pi Cameron. Mungkin sebab dah dekat. Sejam je kalu nak panjat cameron. Untuk kali keberapa pun aku tak tau, hari ni aku sekali lagi pi sana. Tapi tujuannya lebih ke Boh Tea Plantation. Nak ke sana memang mencabar sikit coz keadaan jalan yang spt ular dipalu dan sempit. Tapi berbaloi. Pemandangan sangat cantik. Jom layan gambar. Hanya gambar dapat membicarakan segala-galanya.




 














Banana Carrot Cake yang lembut & Scone yang sedap


Datang sini tak pekena teh memang tak sah

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, December 7, 2011

Mari membaca al-quran

Assalam,

Alhamdullilah hajat ayah mertua nakkan kami cari quran yang besar saiznya telah berjaya. Quran ni dibeli di Mekah. En suami kirim kat bos dia yang pegi sana dan yang lebih terharu boss en suami sedekahkan quran tu untuk ayah kitaorang. Terima kasih boss & hanya Allah swt yang akan membalas jasa baik boss.
Hajat dihati nak balik koyan minggu ni. Suka la ayah nanti. Senang sikit dia nak baca sebab tulisan memang besar, jelas & nyata.
























Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, December 6, 2011

Kononnya gi London tapi nan hado...









Assalam,

Nak merasa sejuk cam kat luar negara jom ke Bukit Cerakah, Shah Alam. Sekarang musim sejuk kat rumah empat musim. Suhu -2 deg. Maksimun duk kat situ 3 minit tapi kitaorg duk hampir 10 minit jugak la. Bak kata en suami " Mama cuba tengok mulut abang berasap....mcm kat london. (kekdahnya kat London.Takde contoh negara lain ker en suami??)
Orang yang keje kat situ ckp lagi 3 bulan datang balik coz musim bunga & tempat tu jadi cantik sangat. Suka-suka nanti leh buat entry flora2 cinta hatiku.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, December 5, 2011

Adakah kita bersedia menghadapinya.....

Assalam,

Minggu lepas dalam status FB, salah sorang ex sekolah aku meninggal. Accident motor. Pergi meninggalkan seorang isteri & 2 orang anak yang masih kecil. Isteri sedang berpantang anak kedua. Sedihnya aku tak terkata sebab cerita ni mengingatkan aku pada cerita sahabat baik aku dulu yang kehilangan suami ketika sarat mengandung anak kedua.Aku pernah citer kat sini dulu.

Cerita ini mengingatkan semula kepada aku bahawa perkara itu akan berlaku kepada kita yang hidup ini. Ya Allah....doaku agar aku akan tabah menghadapi semua ini sekiranya perkara itu berlaku. Aku teringat pada kata-kata seorang yang melakonkan watak sebagai org yang yang akan pergi dalam cerita 100 hari (memang best cerita ni. Pasal 2 orang yang berbeza cara hidupnya ditunjukkan tanda2 100 hari sebelum mereka meninggal dunia). Si suami bercakap dengan si isteri 7 hari sebelum meninggal kalu tak salah aku. Si suami berharap agar si isteri janganlah meratapi sekiranya dia pergi dulu sebelum isterinya dan begitulah sebaliknya sekiranya si isteri meninggalkannya terlebih dahulu, si suami berjanji tidak akan meratapi kematian si isteri demi untuk tidak menyakiti si mati.

Bersediakah aku? Kerna kita tidak akan tahu bilakah orang yang kita sayangi akan pergi begitu juga dengan kita.... Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Al-fatihah kepada semua umat islam yang telah mendahului kita pergi untuk selama-lamanya........