Wednesday, May 30, 2012

Selamat Hari Lahir Liza


Assalam,
Dah 31 tahun. Sekejap je. Alhamdullilah masih bernafas dibumi Allah dan boleh menikmati kehidupan didunia dengan rezeki yang diberikan olehNYA.
Memandangkan 2 bulan kebelakang ni macam-macam hari gembira yang diraikan (harijadi uzair & aleya, anniversary) makanya 25 Mei dipilih untuk disambut besar-besaran (mcm gempak je). Besar-besaran bagi kami la.
En suami & aku decide untuk meraikan di Gold Coast Morib (bkn Sepang tau.yang tu mahal.tak mampu buat masa ni). Kami ambil pakej birthday RM 250 utk 2 hr 1mlm. Pakej siap dinner&bfast utk 2 org dewasa & tiket masuk taman tema. Uzair byr utk makan & tiket. Aleya plak byr utk tiket jer. Reason pegi sini sebab ada taman tema. Bebudak ni mmg sangat suka main air.
Overall dari 5 aku bg 4. Lagi satu tu kena improve bab makan & service time makan. Yang lain aku puas hati. Bilik, taman tema & hotel mmg bersih. Jom cuci mata. Tak banyak gambar sebab masing2 malas nak bergambar.





Pandangan dari bilik. Betul-betul mengadap teampark




Posing anak-anak. Sambutan 3 Serangkai.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, May 11, 2012

Kerja dan tempahan

Assalam,

Lama juga tak mencoret kat sini. Tapi walaupun lama takde entry baru, hari-hari mesti baca blog yang aku suke baca. Kekangan masa dan kerja banyak so mood pun takde nak mengarang. Selain sibuk kerja.....hehehehe aku ade dapat tempahan buat kek. Tak terpikir pun nak serius dalam hal baking membaking tapi alhamdullilah ramai yang suka jadi aku terima la sebagai permulaan. En suami pun tak menghalang sebab dia tahu minat aku. Minggu ni pun ade seorang rakan kerja yang tempah.
Kebetulan semalam cuti makanya pegi la beli barang utk membaking. Setakat ni tempahan dibuka untuk cheesecake. Cake lain aku belum buat untuk testing lagi. Bercadang jugak nak ambil kursus baking.Setakat ni yang aku dah cari under kolej komuniti.
Doakan ye kawan-kawan semoga minat dan usaha aku ni berjaya. Amin.


Seronok dapat jalan-jalan




Sibuk mengemas sementara tunggu abang habis sekolah. Anak dara la katakan...


Antara barang-barang utama untuk cheesecake yang ditempah


Koleksi gambar cheesecake yang ditempah




Jadual kerja yang penuh untuk bulan Mei


Published with Blogger-droid v1.7.4