Thursday, July 19, 2012

Inspired from Padi House



Assalam,
Ape yang diinspirasi tu? Sebenarnya smlm buat cheesecake untuk jamuan hari ni kat office. Biasanya kalu buat oreo cheesecake aku tepek oreo kat atas. Tapi mggu lepas aku pegi makan kat Padi House sekali tu waktu lalu kat cake bar dia aku nampak oreo cheesecake dia sangat marvellous. Rupanya lebih kurang macam kek aku kat bawah ni la. So idea untuk aku decorate cheesecake aku ni dari Padi House la.
Next time aku buat food review utk Padi House plak. Pada aku memang terbaik dan harga pun berpatutan.


Siap dimasak. Tunggu sejuk baru masuk peti ais
Bersedia untuk dimakan

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, July 13, 2012

Chocolate Brownies



Assalam,
Semalam siapkan tempahan Chocolate Brownies untuk budak office. Hasilnya seperti gambar dibawah.Hiasan tak seberapa memandangkan aku kan budak baru belajar. Masih tercari-cari lagi tempat yang sesuai untuk mengikuti kelas baking. Uolss ade cadangan tempat tak?


Sebelum dihias
Selepas dihias. Simple ajer

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, July 11, 2012

Rindu saat itu...



Assalam,
Isnin lepas tak disangka-sangka kawan yang dikenali sejak anak dara lagi turun putrajaya. Rindu sangat kak bad. Mana taknya segala kenangan manis pahit dikongsi bersama. Kahwin tahun yg sama, bersalin pun tahun yang sama. Ingat lagi waktu kerja bersama kalu outstation memang kepala masing2 gila. Shopping,makan tak hingat dunia. Rindunya saat itu.....
Hehehe kebetulan aku puasa haritu tapi mengenangkan kawan yang dtg dari jauh dan sesekali berjumpa makanya aku bukak puasa. Orang jarang datang makanya kita bawak makan tempat spesel skit la.Bumbu Desa kat Alamanda. Lauk pauknya sedap.Sesuai la dengan tekak kami.
Jumpa tak lama sebab kak bad datang pun atas urusan kerja. Apepun Insyaallah semoga kita berjumpa lagi.muahmuah....


Bersama Kak Aida. Salah sorang geng gila shopping
Antara menu yang dipesan. Ada satu menu Ayam Kukus marvellous rasanya tapi takde dalam ni.
Ini la orang jauhnya Kak Bad

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, July 10, 2012

Amukan di Putrajaya...takutnya

Assalam,
Takutnya....itu yang boleh aku katakan. Sebab kejadian berlaku kat bangunan opis aku iaitu Kompleks B. Aku nak bg skit kronologi kejadian ni.
Dalam pukul 2 lebih la after lunch tiba2 budak off aku kelam kabut. Heran gak.Memasing tgk kat luar.Aku mula la suspek ade orang nak bunuh diri ke. Tapi terkezut bila tgk kat pintu pagar nak masuk ade lelaki berparang. Masa tu aku rasa macam ade pengganas ke? Dengan berpakaian serba hitam, yang perempuan bertutup litup. Cemas jgk time tu. Dapat plak arahan dari keselamatan supaya tak keluar dari pejabat.
Memandangkan workstation aku memang boleh tgk adegan ganas tu maka menjadi tumpuan orang ramai la. Waktu ditenangkan oleh seorang pegawai keselamatan yang paling suspen sebab orang tu mcm nak sebat je pegawai tu.Ditujah2 pedang kat pegawai tu. Siap kena pelempang. Waktu tu rasa nak jerit suh pegawai tu lari tapi ye la dah keje diakan so kena la jgk buat. Nasib baik tak diapa-apakan. Walaupun dah ditenangkan tapi pasangan tu masih agresif. Aku tengok dia dah start bergerak ke bangunan lain. Dalam kecoh2 tu dengar la beberapa das tembakan. End up pasangan tu cedera kat tangan & kaki.


Dasat jugak. Ape pun takziah la pada yang tercedera atau mengalami kerosakan harta benda. Menjerit aku tengok bila dia libas pedang tu kat cermin keta orang yang nak masuk ke kompleks tu. Trauma uolss.
Jangan tanya iolss camne dia masuk sebab kawalan kat situ ketat untuk orang luar masuk & kenapa dia menyerang. Hanya polis dan dia je tau.


Published with Blogger-droid v1.7.4