Monday, January 21, 2013

Muffin sedap dan cantik

Assalam,
Hari tu jalan-jalan kat KL Festival City dan terjumpa kiosk jual muffin yang sangat cantik. Pada aku cantik tu sedap la kot..tapi ade juga yang tak sedap. Tak salah nak mencuba so apa lagi beli la. 4 dulu jangan tamak- tamak. Alhamdulilah menepati citarasa cuma manis sikit. Sape sape nak mencuba jangan lupa pegi sana. Nama kedai Occubite.

Sunday, January 13, 2013

Aktiviti berbasikal

Assalam,
Hari minggu yang sejuk dan hujan kami decide nak berbasikal. Mulanya perancangan di Putrajaya tapi half way hujan lebat. Lokasi ditukar menghala ke KL seterusnya sampai la kami di Tasik Perdana. Berbekalkan english breakfast jadi sambil berbasikal sambil makan. Jadi lemak tak la berkumpul..hehehe boleh tak macam tu...

Wednesday, January 9, 2013

Bekal anak ke sekolah

Assalam,

Bila anak dah start sekolah ni, emaknya mula pening memikirkan samada nak bawak bekal atau beli je makanan kat kantin sekolah. Dulu waktu pra sekolah makanan disediakan jadi takde la risaunya.
Kalau ikut aku memang nak bwk bekal je kat Uzair memandangkan aku dapat rasakan yang harga makanan mesti tak berbaloi dengan makanan tu. Ternyata memang benar rasa itu. Kebanyakan makanan di sekolah memang berharga seringgit. Air pun seringgit. 

So aku rasa buat masa ni dengan kudrat yang ada ( buat masa ini okkk...hehehe) aku akan bekalkan makanan untuk sekolah agama & sekolah rendah. Tapi duit pun aku bagi jugak kot2 la nak membeli. Ye la budak-budak kalu tengok kawan membeli dia pun nak jugak. 




Makanan utk sekolah petang mak aku yang sediakan. Alhamdullilah. Doa aku semoga diberikan kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa aku yang banyak membantu daripada anak-anak lahir sampai sekarang dah sekolah. Saya sayang mak dan ayah.


Tuesday, January 1, 2013

Cuti sempena anak start sekolah

Assalam. Minggu ni bercuti seminggu sebab nak hantar uzair dan aleya sekolah. Uzair dah masuk darjah satu. Berdebar jugak maknya. Boleh ke dia berdikari...pegi tandas, kantin..Hope semuanya ok esok. Aleya pulak aku hantar tadika. Saja untuk beri pendedahan pada dunia luar. Boleh belajar cara bergaul.Maklum la diorang kan duduk dengan mak aku jadi aktiviti sosial ni kurang la berbanding kalu anak-anak duduk kat taska. Mama doakan semuanya berjalan lancar dan anak-anak mama berjaya dunia dan akhirat. Amin.