Friday, June 24, 2011

Sesal

Salam,

Wallaweh.....tajuk pun dah mcm tajuk lagu. tapi mmg betul arini satu perasaan sesal sgt telah meresap kedalam lubuk hati kecilku ini (boleh buat novel ni coz ayat pun ayat novel. pastu buat drama plk. kalah nora elena). Sebenarnya hari ni la br aku tahu segala-galanya. kenaper semalam aku tak terpikir untuk mengecheck beg sekolah uzair. Mungkin semalam sibuk dok mengejar nak pegi c4 lepas balik keje coz smlmkan last promotion harga barang. ader la murah beberapa benda yang aku nak beli. tp pegi semalam HAMPEH. susu habis, pampers habis pendek kata aper yang tersenarai kat pale otak aku semua habis la.

Tapi sebenarnya bukan citer barang habis yang aku nak cakap walaupun mmg aku menyesal gak la tp memandangkan semalam br gaji jd baru semalam la niat nak memborong. Back pada tujuan sebenar aku nak tulis ni walaupun sebenarnya entry aku sepatutnya citer pasal blog aku yang dah lama tak berhapdet. Penuh ngan sarang labah2, lipas dsbnya.

Pagi tadi waktu hantar aleya kat umah mak aku (uzair tido umah mak aku smlmcoz mlm sebelum tu aleya dah tido ngan mak aku. konon2 ikut giliran la.). Pagi tadi mak aku cakap hari ni ader amik report card uzair kat sekolah. aduhhhhhh. camner aku nak pegi coz mak aku br bgtau pastu kebetulan aku mmg tak boleh nak excuse memandangkan minggu depan ader orientasi sos byk keje nak kena buat. (slide  xprint lg, fail orientasi x buat lg, maklumat dr bahagian lain x dpt lagi so bannnnyaaakkkkk la lgi nak kena buat. maklum la Urus tak Setia la katakan.

So dengan hati yang berat aku pun terpaksa ckp kat mak aku suh dia gantikan aku. Sepanjang perjalanan nak gi keje mmg hati aku rasa menyesal sgt sebab buat keputusan yg aku rasa pentingkan diri sendiri. Mama minta maaf uzair. walaupun dia tak faham tp aku rasa mesti dia akan terpikir gak kenape kawan2 dia yg lain mak & ayah boleh dtg tp naper dia tak?????

Walaupun tahap pendidikan uzair masih tadika lagi tapi benda2 macam ni sebenarnya setiap mak bapak mesti nak lalui. gi sekolah jumpa cikgu, dgr komen cikgu pasal anak kita. Aku dah terlepas saat2 itu. So dengan rasa sedih hati aku call en suami pagi tadi n en suami kata takper la nanti dia call cikgu uzair tanya pasal uzair disekolah......terubat skit tp masih ader rasa sesalan dlm hati aku ni..................

Aper pun orang nak ckp samada benda ni kecik or tak penting tapi pada aku setiap perkembangan dan perubahan pada anak2 aku satu perkara yang aku nak ingat sampai bila2.



1 comment:

  1. Bagus, kalau semua ibubapa ada kesedaran itu....tk la anak rasa terbiar dan tidak dipedulikan.

    ReplyDelete