Cerita Sabtu lepas...saje masuk treasure hunt anjuran JPM. Team kitaorang ada 4 orang (2 lelaki, 2 pompuan). Ada 5 task yg kitaorang kena lalui. Task paling mencabar tentulah task di Alamanda. Memang memerlukan daya pemikiran yang tinggi dan kreatif. Waktu task kat Alamanda semua group dah berkumpul memandangkan task hanya akan bermula jam 10.45 pg. Kalu tgk group lain mmg beria-ria la. Group kitaorang je steady sebab motif masuk suka2 & release tension (tp kalu menang apa salahnya).
Kesimpulan treasure hunt ni, kami tak menang ape2 tapi aku seronok sebab boleh rapatkan lagi hubungan dengan teman sekerja & yang penting kita ENJOY. Walau tak menang tapi aku dapat cabutan bertuah. Alhamdullilah. Baucar penginapan ke mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan kecuali Langkawi dan PD. Tengah berpikir2 nak pergi mana yek....
Sempat posing sebelum start task terakhir (lokasi: Alamanda)
Soalan yang kena selesaikan... Tinggi kepahamannya.
Bergambar selepas masing-masing menang cabutan bertuah
Pakej yang dimenangi.....
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment