Friday, November 30, 2012

Bandung - last episod la...

Assalam

Hahaha...kan dah kata mesti amik masa aku nak update entry Bandung ni lagi. So decide ni episod last la..Kita cuba ringkas dan padatkan citer. Bukan ape, bila nak bercerita tempat-tempat yang kita dah pergi ni untuk bagi idea pada yang belum pegi lagi.

Hari Kedua dan Ketiga di Bandung (16-17 November 2012)

Seawal jam 8.30 pagi kami dah bertolak ke Tangkuban Perahu. Nak cerita sejarah tempat ni memang panjang la. Kalau nak tau datang la Bandung. Bertolak awal pagi memandangkan hari cuti panjang di Bandung. Jadi ramai visitor yang datang. Tempat ni memang lawa dan waktu aku pergi cuaca tak berapa nak sejuk mungkin sebab ramai orang dan banyak kenderaan. Duduk sana pun lebih kurang 3 jam.






Selepas Tangkuban Perahu kami dibawa ke Rumah Mode (tempat shopping lagi) dan Cihampelas Jeans Centre. Orang kat sana cakap tempat shopping ni untuk orang-orang kaya. Kalau orang sederhana shopping kat Pasar Baru. Sama je harga aku tengok bezanya kalu kat Rumah Mode tu jenama luar la. Kalu kat Pasar Baru macam kat Jalan TAR. Banyak kain-kain pasang dan harga boleh tawar la berbanding Rumah Mode dan yang setaraf dengannya. Takde shopping sangat sebab aku tengok biasa-biasa je kat Rumah Mode tu. Nak enjoy kat Pasar Baru nanti....Satu tempat menarik yang aku nak rekomen kalu datang sini ialah cuba makan di Kampung Daun. Kalu boleh  datang waktu dinner. Memang terbaik tempat tu. Makan pun sedap. Tapi gambar tak banyak boleh ambil sebab waktu tu hujan dan pencahayaan kat situ agak romantik sikit.





Hari ketiga sebelum bertolak ke Jakarta, yang ditunggu-tunggu ialah ke Pasar Baru. Disini kami telah dinasihatkan oleh Pak Dedi untuk tawar setiap barangan yang nak dibeli memandangkan harga yang diletak tu mungkin mahal. Kalu boleh tawar dengan harga separuh dari barang tu. Tapi peniaga kat sini dah pandai. Payah nak jumpa yang bagi tawar separuh dari harga yang dia bagi. Apapun puas hati beli barang kat sini. Sekarang kalu kain pasang kat sini popular Japan Cotton. Memang berbaloi beli berbanding beli kat jakel dengan jenis kain yang sama dah beratus. Borong untuk family dan pakai sendiri je. Suasana kat situ memang sangat ramai orang. Nak jalan pun susah. Selepas ke Pasar baru kita shopping Brownies dan Pisang Salai di Kartika Sari. Waktu ni hujan sangat lebat. Memang terbaik la Brownies kat sini. Sedap sangat. Menyesal pulak beli sikit. Habis Kartika Sari kami pulang ke Jakarta






Hari keempat - Jakarta (18 November 2012)

Hari last di Indonesia. Hari ni aktiviti sendiri je. So en suami and the gang dah keluar pergi cari barang motor diorang. So aku tergolek-golek je la dalam Hotel layan TV sebelum check out pukul 12.00. Bestnya Hotel yang aku pegi di Bandung & Jakarta ni cakap nak rancangan tv ape semua ada. So tak la bosan duduk sensorang. Kat Jakarta kami menetap di Hotel Le Grandeur. Waktu ni hujan dari awal pagi.
Bosan tergolek aku call en suami. Diorang cakap tengah terperangkap banjir. Cuak jugak la sebab jam dah pukul 11.00 time tu. Tunggu punya tunggu pukul 11.30 sampai. Macam lipas kudung la en suami bersiap. Selesai check out, Pak Dedi bawa kami solat di Masjid Istiqlal (status macam Masjid Negara kat Malaysia la). Uniknya Masjid ni, rekabentuk dibuat oleh seorang yang beragama Kristian dan pereka tersebut memeluk islam sebaik Masjid tersebut selesai dibina. Selesai solat bertolak ke Airport. Masa untuk pulang ke Malaysia. Waktu ni baru la terasa segala kepenatan sepanjang 4 hari 3 malam kami di negara orang. Alhamdullilah. Banyak kenangan dan perkara baru yang aku belajar. Betapa aku bersyukur berada di Malaysia.









No comments:

Post a Comment