Ni citer kesinambungan pada puasa tahun 2011. Aku dah citer yang aku sampai umah sebelum kul 5. Aku nak bagi tgk skit jam kat keter kalu korang tak caya.........walaupun lagi 5 minit je nak pukul lima.
jam pada kete menunjukkan pukul 4.55 petang. |
Memandangkan aku ader banyak sangat masa so puasa kali ni aku decide untuk masak sendiri. So menu -menu yang terhasil ...........tadaaaa
Masakan pertama ialah .....aku pun tak tau nak letak tajuk samada sup sayur bersama telur atau sup telur bersama sayur. sebabnya aku rasa telur yang banyak walaupun sebenarnya niat dihati nak masak sup sayur. Masakan ni 2 in 1. Sebabnya aku tak yah nak buat lauk asing untuk anak2.
Sup sayur bersama telur atau sup telur bersama sayur. Boleh pilih tajuk sendiri ok |
Masakan kedua ialah ikan goreng. Kalu orang kata awatnya sekor. Cukup la untuk anak-anak makan. tadi aku dah buat sayur 2 in 1 so tambah ikan cukup berkhasiat la anak-anak nak makan. Mak Ayah tak payah coz dah cukup zat....hahahahahaha
ikan goreng |
Masakan ketiga ialah tempe goreng bercili. yang ni pun aku rasa dah cukup berkhasiat untuk aku dan en suami memandangkan tempe mmg terkenal untuk kehalusan kulit muka yang tak berapa nak halus ni (bukan aku yang cakap tau....tp khir toyo yang cakap)
tempe goreng bercili dihiasi oleh tumbuhan hijau dan kuning seperti kacang panjang dan baby jagung |
Sup tulang temulang tapi aku rasa isi jer lebih. ni mesti tulang tang tengkuk ni. |
Jadinya ini juadah yang aku masak dan tapau 2 hari lepas. Semalan aku tak amik gambar sebabnya aku bukak puasa umah mak aku. En suami berbuka di office coz ada majlis berbuka puasa.Aktiviti hujung minggu ni family aku yang duk sekangkang kera dari umah aku akan datang berbuka diumah. Ye la minggu lepas aku dah berbuka disana so turn minggu ni aku jemput la datang umah aku untuk berbuka. Menu aper nak masak masih difikirkan. Menu aper yek kawan2? Tolong la suggest.
No comments:
Post a Comment