Hari ni dah masuk hari keempat umat islam berpuasa. Kalau nak citer puasa sebelum ni di tempat lama mmg havoc gak la terutama time nak balik. Berlumba-lumba balik awal coz tak nak jem time kuar dari parking. nampak betapa la hazab...nak kuar parking pun jem.Kalu time rehat ader tadarus so time rehat tak terasa mengantok or letih. Kalu rasa bosan pas tadarus leh ikut kawan2 gi beli makanan berbuka kat anjung. fully aktiviti la sepanjang bulan puasa tu.
Puasa kali ni aku cam relaks skit coz hari ni baru aku start puasa setelah direhatkan selama 3 hari. Aku pun dah x kalut2 nak balik coz tak jem langsung. Heran aku tgk orang kat sini tak reti nak balik ker. Aku time posa ni mmg punctual la. 4.30 jer aku dah caucincau....... (tp cam segan lak tgk org lain. pedulik la)nak kuar parking x yah nak berebut2. Resultnya aku berjaya sampai umah sebelum kul 5. Tapi yang tak beshnya..........kat sini takde jual makanan.Payah aku nak mencari lauk pauk utk berbuka. So tahun ni aku berazam nak masak sendiri utk berbuka and alhamdullilah setakat ni berjaya masak sendiri...(yahoooooo).
Tahun ni gak aku nak try buat cookies. tp still aku beli gak la 2-3 balang cookies yang payah nak buat. So kesimpulannya kat sini mmg suasana puasa tahun ni lain skit dgn suasana puasa tahun sebelumnya. Cuma yang masih belum terlaksana lagi dari awal aku kahwin sampai la skang pergi sembahyang terawih. Buat masa ni mmg aku tak dapat nak join en suami memandangkan anak2 aku kecik lagi. Nak buat kat umah tentu2 la x kusyuk. Mana nak kusyuk kalu dah yang sorang tu (si adik) asyik nak mengacau. Si abang dah berakal skit so dia blh ikut skali .Insyallah kalu tak beranak lagi dalam tempoh 2-3 tahun ni leh la gi terawih ngan anak2 and en suami.
Kepada kawan2 selamat menjalani ibadah puasa. Jangan ponteng puasa yang disengajakan.......
No comments:
Post a Comment