Wednesday, November 16, 2011

Aku, Hospital, KL, Johor & Panggung Wayang

Assalam,

2 hari cuti dengan bermacam-macam program yg aku buat. Jumaat cuti sebab bwk si kecil Aleya ke HUKM. Check mata. Dah sebulan bisul kat mata Aleya tak elok2 so aku decide jumpa doktor takut ade aper-aper yang serius. Alhamdullilah takde yang serius cuma doktor suruh observe dalam sebulan ni and temujanji seterusnya 15/12/12. Habis checkup takde ape nak buat so ajak my sis yg kebetulan cuti jugak gi KL menyopping. Tapi kali ni naik BAS. Perghhh penat gila. Bygkan hampir 10 tahun aku tak naik bas. Agak jakun jgk la coz sekarang naik bas dah canggih. Pakai kad. Padanlah my sis suruh bwk t&go. Keseluruhan aku rasa perkhidmatan bas dah byk berubah dan semakin bagus kalu nak dibandingkan 10 tahun lepas. Gambar naik bas aku tak ambik. Jap gi orang kata aku jakun plak.
Hari sabtu & ahad ke johor attended majlis kawin sepupu kat Felda Kahang Barat. Pekena kopi kawww kat Kluang Rail Station.
Hari isnin plak gi sekolah Uzair ukur baju. Alhamdullilah Uzair diterima masuk prasekolah tahun depan. Selesai ukur baju ape lagi.....Jaya Juscolah jawabnya. Disebabkan dah janji nak bwk uzair tgk Alamak Toyol so inilah waktu yg sesuai. Orang memang tak ramai. Syiokkk gila. Jalan cerita menarik & tak berat sangat. Sementara nak tunggu citer start aku ajak uzair pegi kedai buku. Nak cari mainan ringan Uzair utk cuti sekolah. Nanti cuti taklah uzair bosan & neneknya pun dah bagi warning awal kat uzair cuti sekolah tetap kena belajar. Habislah uzair...mama dah kena kecik2 dulu. Korang dulu macamana? Time cuti sekolah ape aktiviti yang korang buat? Sila kongsi & boleh aku aplikasikan untuk uzair & aleya. Selamat cuti sekolah.....


 Mata Aleya dah semakin kurang bengkaknya.


Penat lepas menyopping. Nak balik dah time ni tapi hujan. Ape lagi pekena minum petang la.



My sis yang setia menemani & dia la yang ajar aku naik bas turun bas naik lrt bagai. Penat sehhhhh....


OTW ke Johor.


Bebudak dengan Umi diorang.


Tiket wayang Alamak Toyol. Sementara nak tunggu ape lagi snap gambar la.


Suka budak sorang ni....


Mainan ringan untuk uzair. Semedang main ngan dia asyik kena kalah  jer.... tensi aku...


Buku untuk cuti sekolah uzair. Bagus buku ni tau.

Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

  1. Juju...
    Teringat akak pd permainan ular dan tangga... Bila dekat cuti sekolah, mmg famous games tu.. Bdk2 sekarang dah sibuk dgn computer games saja....

    ReplyDelete
  2. memang kak tapi sya la tensi... udah le kena kalah pastu nak kena tolong jalankan.kalu tak kemana arah dia letak.

    ReplyDelete