Assalam,
Minggu lepas dalam status FB, salah sorang ex sekolah aku meninggal. Accident motor. Pergi meninggalkan seorang isteri & 2 orang anak yang masih kecil. Isteri sedang berpantang anak kedua. Sedihnya aku tak terkata sebab cerita ni mengingatkan aku pada cerita sahabat baik aku dulu yang kehilangan suami ketika sarat mengandung anak kedua.Aku pernah citer kat sini dulu.
Cerita ini mengingatkan semula kepada aku bahawa perkara itu akan berlaku kepada kita yang hidup ini. Ya Allah....doaku agar aku akan tabah menghadapi semua ini sekiranya perkara itu berlaku. Aku teringat pada kata-kata seorang yang melakonkan watak sebagai org yang yang akan pergi dalam cerita 100 hari (memang best cerita ni. Pasal 2 orang yang berbeza cara hidupnya ditunjukkan tanda2 100 hari sebelum mereka meninggal dunia). Si suami bercakap dengan si isteri 7 hari sebelum meninggal kalu tak salah aku. Si suami berharap agar si isteri janganlah meratapi sekiranya dia pergi dulu sebelum isterinya dan begitulah sebaliknya sekiranya si isteri meninggalkannya terlebih dahulu, si suami berjanji tidak akan meratapi kematian si isteri demi untuk tidak menyakiti si mati.
Bersediakah aku? Kerna kita tidak akan tahu bilakah orang yang kita sayangi akan pergi begitu juga dengan kita.... Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Al-fatihah kepada semua umat islam yang telah mendahului kita pergi untuk selama-lamanya........
Juju..
ReplyDeleteMmg tak akan sanggup tapi hidup mesti diteruskan demi anak2..
Takut nak komen sebenarnya sbb yg sebenarnya tidak sama dgn yg diucapkan...
Sedih kak. semoga roh mereka dicucuri rahmat.
ReplyDelete