Saturday, December 24, 2011

I'm back......kerja oh kerja...

Assalam,

Hari ni berblog semula setelah hampir 2 minggu menyepi. Banyak sebab aku menyepi seketika....tuntutan tugas. Umum pun tau sistem perkhidmatan awam akan tukar ke SBPA tahun depan so memandangkan aku duk kat sumber manusia so memang sangat sibuk. Taskforce selama 2 hari nak settlekan benda ni. Tapi sebelum nak settle dengan lepas dah settle lagi banyak keje. 2 minggu jgk la pergi gelap balik pun gelap. Demi negara la katakan.....hikhikhik macam tentera plak.

Minggu depan baru sempat nak bercuti. Kesian bdk2 asyik tanya bila nak gi jalan2 mandi kolam. Diorang asal jalan jer takde tempat lain selain kolam. So aku & en suami decide pegi Penang so akan bercuti mulai 26-28 dis. Boleh la hilangkan penat seketika sebelum melangkah ke tahun baru 2012 yang tentunya banyak kerja yang menanti......huhuhuhu.....


Keadaan meja yang berselerak





Workstation yang bersepah-sepah. Haru biru time ni....


Alhamdullilah kembali seperti biasa semula. Lepas ni 5S pulak....


Budak-budak yang dah tak sabar nak bercuti......

Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

  1. Juju..
    Penang memang Best...
    Banyak tempat makan yg best2..
    Hmmmmm.... Akak dah rindu nak ke Penang lah pulak...

    ReplyDelete
  2. Akak,
    itu la antara tujuan kesana. pekena makanan penang. en suami ckp kalu nak terbaik pegi kat pan mutiara. kari kepala ikan terbaik.

    ReplyDelete