Monday, February 20, 2012

Selamat Hari Lahir Uzair Hazmi

Assalam,
Hari ni genap 6 tahun Uzair dilahirkan. Mama ingat lagi 6 tahun yang lepas, bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan uzair, mengharungi alahan selama lebih 5 bulan sepanjang uzair berada di dalam perut mama. Akhirnya jam 5.30 petang, 20 februari 2006 Uzair selamat dilahirkan dengan keadaan normal. Alhamdullilah itu yang mama dapat ucapkan ketika itu sambil mengalirkan airmata melihat cahaya mata mama selamat. Doa mama untukmu semoga Uzair membesar menjadi anak yang sempurna,berjaya bukan sahaja didunia tapi juga diakhirat.
Hari lahir kali ni mama tak dapat nak buat kek untuk Uzair memandangkan keadaan umah yang tidak mengizinkan. Macam biasa besday uzair akan disambut dengan kawan-kawan kat sekolah. Seronok sikit coz Uzair boleh share moment gembira dengan kawan-kawan. Aku belikan sebiji kek & goodies bag untuk budak-budak.Hope diorang suka dan enjoy.


Kek harijadi untuk dikongsi bersama kawan-kawan kat sekolah


Goodies bag


Uzair tolong isi barang dalam goodies bag. Dah boleh diharap


Uzair bucuk.....Semoga membesar menjadi anak yang soleh...amin

Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments: