Assalam,
Lama tak mencoret kat blog ni. Memandangkan umah pun dah siap cuma tinggal nak kemas je makanya hari ni luangkan masa skit updet blog. Minggu depan 19 mac genap 7 tahun kahwin.Memandangkan jatuh pada hari isnin so en suami decide celebrate hari ahad 18hb. Dalam kepala aku dah pilih tempat untuk celebrate. Nanti aku citer kat sini selepas hr kejadian ok.
Sebenarnya nak citer pasal hadiah yang aku beli utk en suami. Rasanya dah 7 tahun kawin mostly ini la hadiah yang aku beli. Ganas betul en suami pakai. Tahun lepas tak silap aku benda yg sama gak aku beli. Bila dia komplen kata dah tak elok, saja la tu nak suh aku belikan. Memandangkan anniversary coming soon so aku decide beli benda ni.
Hadiah aku......sebenarnya aku tak pernah mintak pun dan en suami pun memang tak beli. Sekadar kad setiap tahun.Tak kisah pun sebab sebenarnya dia dah bagi macam2 pun. Kasih sayang, perhatian & .....duit.hehehehe. Betul tak?
Published with Blogger-droid v1.7.4
No comments:
Post a Comment