Assalam,
Fuh..fuh..fuh..lama sungguh meninggalkan blog ni. Keterlupaan dek kerana beberapa masalah kesihatan tahun lepas. Tahun lepas kami sekeluarga menerima ahli keluarga baru. Aku biasalah kalau mengandung memang alahan tak sah kalu tak sampai usia kandungan 5 bulan. Keluar masuk hospital dah biasa. Cuma anak ketiga ni aku cuba gagahkan diri jugak sebab banyak aku nak kena fikirkan esp berkaitan kerja.
Ok aku terus nak jump pada cerita ahli keluarga kami yang baru. Tepat 21/5/2014, lahir anak ketiga kami. Alhamdullilah semua berjalan lancar dan bersalin kali ni memang dipermudahkan. Kami namakan Uzair Naqib bin Mohd Faiz Azuan. Sekarang nak masuk 10 bulan. Bila dah lama tak beranak kecil jadi semua seronok sangat. Naqib sekarang dah mula nak berjalan. Cepat sangat la membesar anak mama ni. Tak puas lagi nak bermain, peluk dan cium naqib.