Thursday, October 3, 2013

Felda Residence Tekam - Team Building

Assalam,
Cuci kejap.Lama dah berhabuk rumah ni. Iols busy la lately ditambah pula kesihatan yang tidak mengizinkan.
Minggu lepas 27-30 September aku join team building office kat Felda Residence Tekam. Banyak perubahan berlaku sebab last aku datang kat Tekam tahun 2005. Tempat memang cantik dan menarik. Kalau nak datang bercuti disini iols cadangkan datang semasa musim buah.
Ok la kita citer hari pertama di Tekam.Aktiviti pertama ialah Management Game. Kalu ikutkan buat night treasure hunt tapi tak jadi sebab hujan. Memang best aktiviti malam tu sampai tak terasa dah lewat malam.Aktiviti habis sekitar 11.30 malam. Waktu ni otak yang dah lama tak diasah harus diasah. Banyak game yang menarik seperti menyediakan karangan sebanyak 80 patah perkataan dengan permulaan semua ayat berdasarkan huruf diberi. Kumpulan kami huruf K. So semua nak mereka ayat bermula dengan K. Selain tu ada permainan hutan. Cara mainnya ialah setiap orang perlu sebut nombor dari 1.Setiap gandaan 3 kena sebut hutan. Banyak yang tersasul. Iols top three. Setiap mainan akan ada markah ikut kumpulan. Selain tu kena bentukkan kertas menjadi bulatan besar dan kena pastikan semua orang dalam kumpulan kita dapat masuk dalam bulatan yang kita buat.
Masuk hari kedua bermula la aktiviti mencabar iaitu masuk gua.Sebanyak 4 gua yang kitaorang akan masuk iaitu Gua Angin, Gua Gajah, Gua Sanding dan Gua Senyum. Setiap gua adalah bercantum kecuali gua senyum. Memang mencabar sangat bagai aku yang memang jarang buat aktiviti lasak ni. Dari sekecil-kecil lubang kat gua tu kitaorang redah sehinggalah yang sebesar-besar gua.
Aktiviti petang selepas masuk gua ialah berakit. Waktu ni kami diberi segala peralatan untuk membina rakit. Kerjasama diantara ahli kumpulan adalah penting masa ni. Masing-masing kena pastikan rakit yang dibina kukuh memandangkan lepas buat rakit, kami semua kena berakit menggunakan rakit yang kitaorang buat. Macam-macam aksi lucu yang terjadi waktu nak buat rakit dan berakit ni. Ditambah pulak dengan cuaca terik memang masing-masing semangat membara la.
Selesai aktiviti hari kedua so malam hari kami berbarbeque. Disebabkan badan letih sangat makanya makan pun tak berapa sangat dan aku layan budak-budak ni karoake pun sekejap. Tidur malam kedua sangat lena ditemani kesejukan malam sebab hujan lebat.
Hari terakhir di Tekam sebelum balik ada satu lagi aktiviti yang kami jalankan. Aktiviti Obstacle. Disebabkan hujan malam tadi makanya aktiviti ni membuat pakaian masing-masing kotor. Kena lompat jaring, meniarap bawah jaring dan aktiviti melepasi jaring. Semua aktiviti ni kena pastikan yang badan kita tidak menyentuh jaring yang ada. Tak banyak aktivit yang dibuat pada hari terakhir sebab memasing ada agenda lain yang nak dilakukan. Macam kami geng mak-mak ni nak ke Pasar di Temerloh. Mencari barang makanan orang pahang. Geng muda mudi pulak nak main bola tampar. Jadinya takde acara penutup. Masing-masing pandai-pandai bawak diri. Yang penting pukul 2.00 petang check out. Juadah terakhir di Tekam dapatlah kami merasa Ikan Patin Gulai Tempoyak. Memang terbaik. Bab makanan kat Tekam ni aku bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Sangat kena dengan tekak dan selera. Insyaallah ada masa kita datang lagi lepas ni. Yang pasti pada masa musim buah...