Assalam,
Takutnya....itu yang boleh aku katakan. Sebab kejadian berlaku kat bangunan opis aku iaitu Kompleks B. Aku nak bg skit kronologi kejadian ni.
Dalam pukul 2 lebih la after lunch tiba2 budak off aku kelam kabut. Heran gak.Memasing tgk kat luar.Aku mula la suspek ade orang nak bunuh diri ke. Tapi terkezut bila tgk kat pintu pagar nak masuk ade lelaki berparang. Masa tu aku rasa macam ade pengganas ke? Dengan berpakaian serba hitam, yang perempuan bertutup litup. Cemas jgk time tu. Dapat plak arahan dari keselamatan supaya tak keluar dari pejabat.
Memandangkan workstation aku memang boleh tgk adegan ganas tu maka menjadi tumpuan orang ramai la. Waktu ditenangkan oleh seorang pegawai keselamatan yang paling suspen sebab orang tu mcm nak sebat je pegawai tu.Ditujah2 pedang kat pegawai tu. Siap kena pelempang. Waktu tu rasa nak jerit suh pegawai tu lari tapi ye la dah keje diakan so kena la jgk buat. Nasib baik tak diapa-apakan. Walaupun dah ditenangkan tapi pasangan tu masih agresif. Aku tengok dia dah start bergerak ke bangunan lain. Dalam kecoh2 tu dengar la beberapa das tembakan. End up pasangan tu cedera kat tangan & kaki.
Dasat jugak. Ape pun takziah la pada yang tercedera atau mengalami kerosakan harta benda. Menjerit aku tengok bila dia libas pedang tu kat cermin keta orang yang nak masuk ke kompleks tu. Trauma uolss.
Jangan tanya iolss camne dia masuk sebab kawalan kat situ ketat untuk orang luar masuk & kenapa dia menyerang. Hanya polis dan dia je tau.
Published with Blogger-droid v1.7.4