Thursday, September 27, 2012

World Hunger Relief Walk

Assalam,

Kawan-kawan kalau rasa ada kelapangan jom join World Hunger Relief Walk pada 6 Oktober 2012 bertempat di Istana Kehakiman, Presint 3 Putrajaya. Bayaran RM25 dengan makan dan goodies bag disediakan. Layari www.hooha.asia untuk pendaftaran.





Tuesday, September 18, 2012

Aktiviti bermotosikal..


Assalam,
En.suami sekarang dah start dengan aktiviti motosikalnya. Aku pun diheret bersama untuk terjebak. Aduiii....aku tak minat sangat tapi ikutkan je la. Aku ni kurang gemar sikit aktiviti panas yang boleh mengelapkan kulit.
Hari minggu lepas en suami ajak survey segala bagai aksesori kat Sentul. Sampai2 je memang tempat mat2 motor la kat situ. Cakap nak apa semua ada. Mata aku pun jd terbeliak bila tengok harga. Main dengan motor ni memang modal kena tinggi.
Ikut plan en suami lepas ni nak naik Bukit Tinggi pulak. Kebas la bontot aku nanti.Naik keta tak boleh ke bang ooiiii. Seteress akak.......


Penatnya.....



Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 10, 2012

Hari Raya Kami



Assalam,
Raya tahun ni macam jugak raya tahun-tahun lepas. Takde istilah gaduh2 nak balik mana sebab setiap kali raya memang balik pahang belah en suami. Ye la mak ayah duk dekatkan jadi takde masalah giliran.
Kalu citer raya tak sah la tak citer kuih raya. Aku buat jugak la kuih tahun ni. Tapi satu je...bolehlah. Yang lain order saja. Nak buat yang satu tu pun ahzab akak.
Hari khamis aku dah start cuti buat kuih raya kekdahnya sebab jumaat dah nak balik pahang. Tahun ni buat biskut baru lagi Cranberries Cookies. Aku amik resepi dr blog TTM. Memang sedap...hehehe puji biskut sendiri. Bukan aku je yang cakap tau.


budak yang suka kacau mama. Seteresss akak..Waktu ni tengah berlakon jadi mak & ayah. Main masak-masak.

Adunan Cranberries Cookie

Sebelum dibakar



Dah siap dibakar. Makan satu dah kenyang. Selepas daripada ni aku buat kecik skit sebab biskut ni mengembang.
Tahun depan kita cari lagi biskut baru untuk dibuat. Dah 2 tahun raya maknanya aku dah ade koleksi 2 resepi biskut raya. Bak kata en suami kalu dah cukup kuota tu tak yah lah tunjuk2 lagi kuih. Maknanya tahun 2015 aku kena menyetop order biskut raya...sebabnya dah cukup 4 resepi kuih. Takpe la uzair waktu tu dah darjah 3, aleya plak dah 6 tahun. Bolehlah bang.....tapi buatnya ada baby baru?????? Adoyaiiiii.

Gambar Hari Raya kami
Family En Suami. Tak besar sangat.







Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 5, 2012

Baru terhegeh-hegeh


Assalam,
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.Rasanya masih belum terlambat. Lama dah tak update.Menjenguk hari-hari. Orang lain sibuk citer pasal rumah terbuka sana sini tapi aku nak citer pasal puasa dulu.
Alhamdullilah puasa tahun ni dapat dilaksanakan dengan keadaan kesihatan yang baik. Yang paling seronok Uzair start berpuasa tahun ni. Saja latih awal2. 17 hari uzair dapat habiskan puasa. Hari pertama puasa tak banyak sangat karenah tapi bertahan sampai 7.15mlm je. Memang la sayang sebab aku dah pesan kalu tak larat bgtau. Nak jugak dia puasa tapi dah penat main bagai tiba2 dia cakap kaki tak leh gerak. Gabra la mak...terus bagi makan. Elok je makan terus boleh jalan. Adoiii la uzair...takpe pestaim. Hari seterusnya alhamdullilah mcm biasa kecuali kalu dia penat & makan sahur sikit.

Gambar budak posa.


















Tahun ni puasa memang takde pembaziran sama macam tahun2 sebelumnya sebab aku memang masak. Nak2 lagi uzair puasa. Kalu nak beli pun kuih yang Uzair nak makan atau en suami. Aku memang tak makan lagi dah lepas berbuka sebab nasi dah mencukupi.
Ok nanti aku cite pasal raya plak. Orang dah nak habis raya liza oiii tapi ko baru terhegeh-hegeh nak citer. Takpe la yang penting kita kongsikan perkara yang baik-baik..
Published with Blogger-droid v1.7.4