Thursday, October 3, 2013

Felda Residence Tekam - Team Building

Assalam,
Cuci kejap.Lama dah berhabuk rumah ni. Iols busy la lately ditambah pula kesihatan yang tidak mengizinkan.
Minggu lepas 27-30 September aku join team building office kat Felda Residence Tekam. Banyak perubahan berlaku sebab last aku datang kat Tekam tahun 2005. Tempat memang cantik dan menarik. Kalau nak datang bercuti disini iols cadangkan datang semasa musim buah.
Ok la kita citer hari pertama di Tekam.Aktiviti pertama ialah Management Game. Kalu ikutkan buat night treasure hunt tapi tak jadi sebab hujan. Memang best aktiviti malam tu sampai tak terasa dah lewat malam.Aktiviti habis sekitar 11.30 malam. Waktu ni otak yang dah lama tak diasah harus diasah. Banyak game yang menarik seperti menyediakan karangan sebanyak 80 patah perkataan dengan permulaan semua ayat berdasarkan huruf diberi. Kumpulan kami huruf K. So semua nak mereka ayat bermula dengan K. Selain tu ada permainan hutan. Cara mainnya ialah setiap orang perlu sebut nombor dari 1.Setiap gandaan 3 kena sebut hutan. Banyak yang tersasul. Iols top three. Setiap mainan akan ada markah ikut kumpulan. Selain tu kena bentukkan kertas menjadi bulatan besar dan kena pastikan semua orang dalam kumpulan kita dapat masuk dalam bulatan yang kita buat.
Masuk hari kedua bermula la aktiviti mencabar iaitu masuk gua.Sebanyak 4 gua yang kitaorang akan masuk iaitu Gua Angin, Gua Gajah, Gua Sanding dan Gua Senyum. Setiap gua adalah bercantum kecuali gua senyum. Memang mencabar sangat bagai aku yang memang jarang buat aktiviti lasak ni. Dari sekecil-kecil lubang kat gua tu kitaorang redah sehinggalah yang sebesar-besar gua.
Aktiviti petang selepas masuk gua ialah berakit. Waktu ni kami diberi segala peralatan untuk membina rakit. Kerjasama diantara ahli kumpulan adalah penting masa ni. Masing-masing kena pastikan rakit yang dibina kukuh memandangkan lepas buat rakit, kami semua kena berakit menggunakan rakit yang kitaorang buat. Macam-macam aksi lucu yang terjadi waktu nak buat rakit dan berakit ni. Ditambah pulak dengan cuaca terik memang masing-masing semangat membara la.
Selesai aktiviti hari kedua so malam hari kami berbarbeque. Disebabkan badan letih sangat makanya makan pun tak berapa sangat dan aku layan budak-budak ni karoake pun sekejap. Tidur malam kedua sangat lena ditemani kesejukan malam sebab hujan lebat.
Hari terakhir di Tekam sebelum balik ada satu lagi aktiviti yang kami jalankan. Aktiviti Obstacle. Disebabkan hujan malam tadi makanya aktiviti ni membuat pakaian masing-masing kotor. Kena lompat jaring, meniarap bawah jaring dan aktiviti melepasi jaring. Semua aktiviti ni kena pastikan yang badan kita tidak menyentuh jaring yang ada. Tak banyak aktivit yang dibuat pada hari terakhir sebab memasing ada agenda lain yang nak dilakukan. Macam kami geng mak-mak ni nak ke Pasar di Temerloh. Mencari barang makanan orang pahang. Geng muda mudi pulak nak main bola tampar. Jadinya takde acara penutup. Masing-masing pandai-pandai bawak diri. Yang penting pukul 2.00 petang check out. Juadah terakhir di Tekam dapatlah kami merasa Ikan Patin Gulai Tempoyak. Memang terbaik. Bab makanan kat Tekam ni aku bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Sangat kena dengan tekak dan selera. Insyaallah ada masa kita datang lagi lepas ni. Yang pasti pada masa musim buah...
















Tuesday, September 3, 2013

Jalan jalan merdeka raya

Assalam,
Hari minggu lepas agak padat jadual kami sekeluarga. Hari Sabtu memenuhi undangan 2 majlis kawin saudara di Cheras dan Melaka. Terlanjur pegi melaka harus la balik kampung kat Masjid Tanah.

Hari Ahad pulak gerak balik awal sebab ada perancangan berjalan-jalan sekitar bandar Melaka. Saja bawak mak dan ayah jalan-jalan. Destinasi pertama Muzium Kapal Selam. Tiket masuk untuk dewasa RM1 dan kanak -kanak RM0.50. First time pegi boleh tengok kat luar je. Tapi kali ni pegi memang berhajat sebab dah boleh masuk dalam kapal. Teruja uols. Bunyi dalam kapal dah macam betul-betul kat dasar laut sebab ada bunyi radar (kalu tak silap la).

Destinasi seterusnya Muzium Samudera, TLDM dan ade satu lagi tapi lupa nama.Dekat-dekat situ jugak. Tiket masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk budak bwh 12 tahun. Memang best tempat-tempat ni. Bagus la untuk budak-budak nak pegi.

Selesai melawat muzium berhampiran, aleya dan uzair sibuk nak naik beca. Kos RM25. Aku dan anak-anak je yang naik sebab mak, ayah dan en suami tak sampai hati nak naik. Memasing berat katanya. Ape lagi seronok la aleya dan uzair dapat naik beca. Dah dua kali sebenarnya diorang naik tapi memasing tak ingat sebab waktu tu masih kecil.

Selesai jalan-jalan, makan-makan (yang penting dapat minum coconut shake original kat klebang. Beratur panjang tapi servis tip top. Tak tunggu lama pun) kami pun balik. Penat tapi seronok jalan-jalan merdeka raya gitu...hehehe. Layan gambar je la uols. Tak banyak snap sebab kebizian menghayati percutian pendek ni.

Ruang tidur. Rasa-rasa korang lepas tak panjat kat atas tu. Sempit.

Ruang dapur. Pun sempit. Sorang je boleh masuk
Bergambar dengan abang beca

Monday, August 19, 2013

Rajinnya masak

Assalam.

Memandangkan cuti semalam jadi mood masak datang la dan tak semena-mena terhidang la hidangan minum petang. Memikirkan uzair sekolah dan mesti lapar jadi aku gagahkan jugak buat nasi goreng, panaskan rendang dan ketupat palas yang dibawa dari kampung. Selesai semua bersiap amik uzair balik sekolah. 

Tapi disebabkan tekak aku haritu teringin nak makan sate makanya singgah kejap beli sate tersedap yang aku rasa. Memang aku kalu nak makan sate mesti beli or tempah kat abang ni. Sate dia memang terbaik. Tapikan kami makan lepas maghrib so tak tau nak kata minum petang ke atau makan malam. Kalu breakfast dengan lunch orang panggil brunch tapi kalu konsep ni panggil ape yek. Kekdahnya makan malam la sebenarnya.

Ok la sebelum aku lupa nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga untuk semua teman-teman di Blog.


Thursday, August 1, 2013

Raya nak dekat..jom jahit baju

Assalam. 

Huhuhu baru perasan yang aku tak kelim lagi baju raya. Punya la relaks hujung minggu pastu tak ingat baju belum siap.Nasib mak aku ingatkan." Ko bila nak kelim baju raya. Mak jahit je. Nak settlekan buat sendiri".

Maka semalam aku pun start kelim sehelai dulu. Jarum kat umah plak tak berapa nak tajam. Hari ni sambung balik. Kalu dulu memang keje aku mengelim baju yang mak dah siap jahit. Asal nak raya je habis la jemari ni mengerutu sebab pegang jarum je. Tapi sekarang tak lagi sebab mak pun dah malas nak menjahit. Kalu jahit pun baju anak-anak je. Tapi aktiviti mengelim masih ade. Mak aku kata kalu nak suruh dia jahit boleh tapi finishing buat sendiri. Ok la tu sebab aku memang tak suai beli baju dah siap. Tak selesa. Dari kecil sampai sekarang tak pernah membeli baju ready made. Kadang- kadang teringin gak bila tengok yang cantik dimata tapi bila try tak sedap pakai. Baju mak aku jahit gak yang sedap pakai. 

Mak pun dah banyak kali bebel cakap takde sorang pun anak pompuan dia warisi kemahiran menjahit. Mak aku kata pandai jahit baju sendiri ngan anak-anak dah ok. Kalu nak menempah sekarang dah mahal. Paling murah orang nak amik untuk baju kurung dah makan 80-90. Terpikir jugak tapi takde masa la mak...hehehe alasan je tu.


Wednesday, June 26, 2013

Sibuk sangat la orang tu....

Assalam,
Busy bebenor iolss sampai dah lama sangat tak menulis disini. Nak buek camno dah makan gaji layankan je la. Tapi kalu tak makan gaji pun kena rajin jugak keje.
3 minggu yang sangat sibuk. Bos den kawin so kena la cover keje. Jadinya segala aktiviti sosial yang biasa kita buat masa rehat telah dihabiskan dengan kerja-kerja pejabat. Walaupun begitu macam biasa la aktiviti blogwalking masih berjalan seperti biasa. Ye la perlu jugak untuk kurangkan stress kerja. Minggu ni alhamdullilah pulih seperti biasa. Insyallah ada cerita kita berkongsi dalam blog yang tak seberapa ni.
Salam Ramadan semua. Jangan lupa ganti puasa.

Tuesday, May 14, 2013

Hadiah untuk mama saya

Assalam,
Semalam saya dapat bunga pelastik dari Uzair. Katanya sempena hari mama. Bila kita tanya mana abg beli bunga ni siap ada teddy bear kecik lagi. Abg kata dia beli kat kedai buku. Seringgit tau.
Terima kasih Uzair bagi hadiah kat mama. Bila saya tanya duit abg ada seringgit je la tinggal & abg beli ape duit baki tu. Yela takut tak cukup pulak nak beli makanan.  Abg jawab cukup la. Tapi abg tak dapat la simpan duit nak beli PSP....huhuhu  saje tau nak psiko mama. Buat hati mama serba salah.
Terima kasih abg.

Monday, April 29, 2013

Macamana nak hilangkan tabiat ni

Assalam,
Kawan-kawan share la petua atau cadangan macamana nak hilangkan tabiat anak yang suka hisap jari. Aleya dari lahir sampai sekarang umur dah 4 tahun hisap jari. Macam-macam kami dah cuba letak asam jawa, nescafe, bawang, pewarna masakan, inai tapi tak berhasil. Sekarang dah effect pada giginya. Nampak jongang. Kalu ada nak share petua silakanlah ye..terima kasih.

Wednesday, April 17, 2013

Berkesan atau tidak

Assalam,
Ingat lagi tak last post aku pasal Colgate Optic White. Hari ni nak kongsikan kat korang samada berkesan atau tak pakai product ni. Kalu ikut last post aku hingga hari ni maknanya hampir tiga minggu la. Kekonon nak share selepas seminggu pakai tapi nan hado...sibuk memanjang. Korang rasa berkesan atau tak bila tengok gambar gigi aku ni. Nilai sendiri la yek...Aku rasa macam takde perubahan.

Gambar sebelum guna

Gambar selepas guna (3 Minggu)

Wednesday, March 27, 2013

Colgate Optic White

Assalam,
Korang pernah cuba tak Colgate Optic White ni? Bukan nak promosi sebab aku pun baru nak pakai. Kalu ada yang dah pakai kongsi-kongsikan la pengalaman korang kat sini. Kalu ikut kotak seminggu pakai dah putih gigi. Takpe nanti kita cuba dan hasilnya kalu rajin kita kongsikan.

Friday, March 22, 2013

Biar gambar bercerita

Assalam,
Lama sudah tak menulis disini. Nak kata takde cerita tak jugak. Banyak nak citer. Memandangkan aku jenis malas nak berpart-part dalam cerita (nak tunggu part seterusnya alamat berjanggut la) makanya biar la gambar saje yang bercerita apa yang berlaku.

Hari jadi Uzair 20 Februari 2013. Aku buatkan Nip Chocolate Cake

Rupa Nip Chocolate Cake

Pelukis jalanan. Sekarang uzair ni gemar melukis

Antara hasil seni



19 Mac 2013. Ulangtahun perkahwinan ke 8. Alhamdullilah.

Makan-makan sempena pertukaran boss kami Puan Rogayah dan Puan Azlina yang sambung belajar. Huaa sedih tau. 




Tuesday, February 26, 2013

Percutian menyejukkan ep last



Assalam,

Sambil tunggu anak apa lagi sambung cerita Cameron la.Dah basi pun. Hari kedua di CH sebelum checkout kami jalan2 sekitar Mardi. Tak mandi pun memasing waktu ni. Banyak tempat menarik contohnya taman tanaman anggur, herba, bunga2, strawberi, arnab & banyak lagi la. 






Lepas checkout terus ke Big Red Strawberi. Waktu ni la adegan kecut perut berlaku. First n last kot datang sini. Jalan nak masuk and turun ahzab...90 darjah kot condong. Kalu aku yang bawak keta harus berenti tepi. Tapi mengenangkan eskrem & cheesecake strawberi  so tempuh je la.



Selesai kat sana terus check in kat Rose Apartment berhampiran dengan Kea Farm. Luruskan badan dan solat sebelum yang lain keluar cari makan malam. Aku duk je umah masak sebab malas nak keluar. Sejuk tak yah cakap la. Lagi sejuk daripada masa aku duk kat Mardi. 

Keesokkan harinya, last day di CH kami ke Kea Farm. Beli sayur, cactus, bunga & makan keledek goreng. Tapi kat situ nak shopping pagi2. Kalu lambat nanti kena saman sebab parking kat tepi jalan. Nasib kitaorg dah habis shopping baru la polis datang..terima kasih la pada en suami n my ayah yang jaga keta supaya tidak disaman. Diorang tak bershopping. Kaum2 pompuan je yang shopping. Shopping sayur je pun. Habis shopping ape lagi balik KL la...sayonara Cameron Highland. Nanti kami datang lagi.