Friday, January 27, 2012

Windunya saat-saat suka duka bersama

Assalam,
Seronok ari ni makan2 dengan kawan yang dah lama tak jumpa sejak masing-masing tak sehaluan lagi...(hehehe bukan gaduh tapi dah tak sepejabat). Berkongsi cerita (gosip lebih) , imbas kenangan lama. Inilah kawan sebantal, setilam, sepinggan & macam2 la. Pertemuan hari ni kat d'umai cafe, Putrajaya. Aku yang suggest tempat ni coz makanannya boleh tahan esp cucur udang & lempeng pisang. Lepas ni tak tau la bila dapat jumpa lagi. Tapi bila jarang jumpa sebenarnya bertambah rindu....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ayat Satu

Assalam,

Hari ni bersama-sama nak kongsikan satu ayat yang aku baru tau (terasa kejahilan). Insyaallah akan diamalkan pada setiap selepas solat lima waktu.

AYAT satu  ini  tercantum dalam surah Asy Syura ayat 15



:Ertinya:

"Allahlah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu. Allah menghimpunkan antara kita dan kepadaNyalah kita kembali." (Asy Syura: 15)
 
Menutur keterangan ayat ini mengandung manfaat iaitu:
 
a. Apabila dibaca tiap-tiap sembahyang fardhu seraya membayangkan nadir musuh kita itu dan makrifatkan Allah sebagai pendinding antara kita dengan musuh atau dalam perkara di mahkamah.
 
b. Apabila kita sedang berhadapan dengan musuh, orang yang zalim atau orang yang ditakuti mahupun binatang buas, maka bacalah ayat ini (1X) sahaja, Insya-Allah akan lepas dari aniaya dan kejahatan mereka.
 
 
 
 

Saturday, January 21, 2012

Telah jatuh cinta dengan.....siri 2

Assalam,
Selamat bercuti kepada semua kawan-kawan. Sana sini jalan jam gara-gara cuti panjang. Aku pun otw nak balik koyan.
Sebenarnya nak cite yang aku dah jatuh cinta kat satu makanan ni. Kalu sebelum ni aku suka betul dgn Rawa Tose so kali ni kesayangan aku yang kedua ialah Naan Keema. Mabeles...kelazatan hingga menjilat jari. Aku tak tau kalu kat mamak stall lain ade ke tidak tapi aku jumpa kat mamak seksyen 15 bangi. Sesiapa kat2 situ boleh pergi ok. Tengok je la gambar kat atas tu...terbaikkkk.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, January 14, 2012

Anak-anakku.






Assalam.

Hari ni nak citer pasal anak-anakku. Aleya anak dara den yang sorang, peel dia memang mencuit hati. Perangai berbeza dengan abgnya. Walaupun adik tapi aleya very independent, berani dan jarang menangis. Semua benda nak buat sendiri. Kadang2 geram menengoknya. Kalau si abang pulak asyik nak mengepit & masih lagi manja. Kalu ade yang tak kena mesti menangis (kuat melalak). Time ni memang menguji mental dan emosi aku dan encik suami. Kadang-kadang benda kecil jer. Tapi satu perkara yang aku nampak, kalu kita berlembut dengan dia  insyaallah ape saja yang kita tak suka dia buat memang dia takkan buat. Tapi nak berlembut setiap masa tu yang payah sikit. Aku dan encik suami sekarang sedang berusaha mencuba pendekatan tu tapi secara tegas. Sebab mak aku pun cakap dengan uzair pendekatan perlu lembut.
 
Pada aku setiap anak-anak ade keistimewaannya. Ape pun sikap kontra yang dimiliki oleh si abang dan si adik yang telah menceriakan mama & ayah. Adakala geram, gelihati dengan telatah mereka.
Semoga mereka menjadi anak yang soleh & solehah yang akan membantu ibu & bapanya didunia.dan akhirat.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, January 9, 2012

Pulau mutiara Pulau Pinang

Assalam,
Sebenarnya entry ni tahun lepas punya. Terperap dalam draf sebab takde masa nak post. Tapi takpe la citer tahun lepas kita citer tahun ni.
Seperti yang dirancang percutian ke Pulau Mutiara berjalan lancar. Start cuti dari 26-28hb. Kali ni aku bawak family aku plak cuti bersama. Memang banyak tempat menarik di Penang yang kitaorang jelajah contohnya tokong ular, Penang hill, rumah kelahiran P.Ramlee,Padang kota lama & byk lagi la. Overall memang puas hati w/pun dari segi kos memang mahal. Kalu makan takde jumpa 4-5 ringgit. Tapi takpe la  dah nama bercutikan. Gambar memang tak banyak ambik sebab tak terfikir sangat nak bergambar.





Rumah kelahiran Tan Sri P.Ramlee


I/C P Ramlee. Sebenarnya kat sini tak bleh ambik gambar. Tapi dah nama manusiakan.....tak dengar arahan.





Bayangkan kecuramannya. memang kecut perut. Naik train yang baru ni lagi kecut coz laju...





Memang terbaikkkk dengan En Sugu. Kalu nak round2 kat atas Penang Hill cari dia sebab berbaloi bayar mahal. Penerangan A to Z pasal Penang Hill.


Malam hari naik beca kat padang kota lama





Kat hard rock









Published with Blogger-droid v1.7.4