Monday, May 30, 2011

Otak Tepu

Salam,

Dah seminggu otak aku tepu tidak menjalankan kerja seperti biasa. Dah seminggu jugak otak aku rest dari berfikir. Adakah selepas ini otak aku akan bekerja keras?????

Tuesday, May 24, 2011

Alhamdullilah

 Salam,

Alhamdullilah selesai sudah urusan bagi kisah hari itu. Skang tunggu je la ditempatkan kat agensi mana. Aper2 pun aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga BP,KPM sepanjang 6 tahun 5 bulan berada disana.
Jasamu dikenang & semoga aku akan berjaya ditempat baru dengan kawan baru, bos baru, staf baru. Pengalaman ditempat lama akan aku jadikan teladan dan sempadan untuk aku lebih berhati2 dengan keadaan sekeliling.Orang kata masuk kandang kambing mengembek & masuk kandang harimau mengaum.


Friday, May 20, 2011

Bila kemalasan melanda

Salam,

Semenjak 2 menjak ni tahap kemalasan sangat tinggi. Semuanya malas dari hal2 office sampai la hal2 rumah. Pasal office takyah citer la. Semenjak dah nak bertukar ni kejer aku dah tak banyak cuma kerja rutin ajer la nak kena buat. Hapdet itu ini jer. Bila dah biasa kerja berlambak suddenly takde kerja aku rasa cam useless. So secara tak langsung mengajar aku menjadi orang malas.
Bila kat umah lepas maghrib mata ni mcm dah tau2 jer nak cari tilam & bantal. Makanya dengan anak2 aku angkut masuk bilik. kadang2 tu aku yang tido dulu, diorg tak tau la bila pengsannya. Kalu nak terjaga pun time en suami balik. Dia mesti kejut untuk tanya samada dah solat ke belum & tanya anak2 dah makan ke belum. (soalan yang sama aku akan dgr tiap2 hari)
Aku rasa stamina aku dah tak sekuat dulu. Bukan semata2 disebabkan faktor usia w/pun aku bakal menjejakkan diri ke dunia 3 series. (25hb ni yer.jgn lupa hadiah) Ader cadangan ker nak buat aper untuk kuatkan stamina balik. Tak best rasanya bila kemalasan melanda diri.........

ihsan dr google.Aku pun tak tau binatang aper ni.

Wednesday, May 18, 2011

makan-makan dgn geng blogger

Salam,

Hari ni pegi mkn sup UK kat bangi ngan geng2 blogger. Oklah makanan kat situ. Aper2pun sgt kenyang dan mengantuk la pulok......gambar takder. kalu nak gambar layan kat blog cik tari. Itupun kalu dia hapdet la. Nak tido.......

nota kaki: pasni geng2 blogger nak kemana plak????

Monday, May 16, 2011

Impian terlaksana

Salam,

Tajuk entry mcm gempak jer......macam beli or dapat sesuatu yang best giler. Tapi mmg aku mengidam dah lama cuma nak menikmati bersama2 ngan family. Setakat nak beli ngan kawan2 bila2 boleh. Sebenarnya lama dah nak post entry ni cuma mggu lepaskan blogspot ader masalah so simpan la dulu.
Korang nak tau tak aper yang aku idam2kan????
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Zinger Burger. Memang aku suker giler burger ni. Kalu gi KFC mesti beli.
Akhirnya impian terlaksana gak. Itupun kebetulan en suami balik kerja awal so merasalah nak makan coz mggu lepas aku puasa.


Aleya makan fries jer. Dah makan nasik kat umah wo.

Uzair makan ayam. peace no war
Last but not least hidangan en suami. Dinner plate. Macam maner la en suami boleh makan sampai 3 ketul ayam.


Dinner plate. seketul ayam telah diculik terlebih dahulu.
Terima kasih en suami sebab memenuhi impianku. 2 hari tu aku sms en suami pasal KFC jer.hahahahaha.....

Hari Itu

7 D.A.Y.S TO GO

Nak kata teruja tu memanglah tapi tidaklah seteruja sampai melompat ke negeri china (motip negeri china)....cuma looking forward perkara baru yang akan berlaku.
Doakan segalanya dipermudahkan. Amin

Thursday, May 12, 2011

Uzair outing hari nie

Salam,

Pagi2 dah riuh umah dgn suara uzair yang teruja nak pergi lawatan (ala kita dulu2 masa kecik pun camtu gak. tak tido malam tu sebab seronok sgt. Padahal pegi muzium jer.)

Uzair: Mama hari ni air nak pegi jalan2 dgn cikgu

Mama: (Muka Teruja) Ye ke? nak pegi maner?

Uzair: Nak tgk dinasour. lps tu makan coklat.

Mama: Besssnya. nanti mama nak coklat sikit.

Uzair: Mama bagi la duit.....

Hahahaha....amik kau dia dah mintak duit. Hari ni tadika uzair buat lawatan ke Petrosains, KLCC & kilang coklat. Malam ni aku kena tadah telinga dengar dia bercerita...Mesti ader unsur2 kesan khas time dia citer. Tak sabar ni............

Tuesday, May 10, 2011

Tinggal 10 hari lagi.....

Salam,

Hari ni aku start ganti puasa balik. Yahoooooo.....tinggal 10 hari lagi. Kalu orang lain mesti pikir banyak lagikan...kan. Aku dah berjaya ganti puasa 19 hari. Bukan sengaja tak puasa tapi kira sengaja la jugak   alKisahnya....waktu tu aku mengandungkan aleya and alahan yang sgt teruk. Aku penah citer kat sini dulu. 29 hari tu aku tuang puasa.
Sebelum orang tanya kenapa 29 hari bukan 30 hari. Yang satu hari tu aku sempat puasa tapi tak bukak2 sampai lepas berbukak sebab keinginan yang melampau kat makanan zero. Tapi bagusnya aku time puasa tak muntah cuma aku lembik sebab tak berselera. Malam tu gak admitted hosp. Kisahnya aku berpuasa sehari di bulan ramadan.
Lepas bersalinkan aleya, tekad aku nak bagi full breastfeed tapi bertahan 10 bulan jer. (alasan aku tak ganti puasa tahun lepas...bkn disengajakan. niat baik untuk anak).
Alhamdullilah ader kekuatan sikit2 aku ganti. Skang tinggal 10 hari lagi.......

Nota kaki : Cam best jer time anak menyusu badan. Hangat dalam pelukan ....tu belum lagi dia main sondol2 time nak susu esp time tido....hahahahaha. Best memories ever.........Aper lagi juju merancanglah dari sekarang kalu nak rasa moment tu balik.............

Monday, May 9, 2011

SAKIT

Salam,

Hari ni masih rasa tak sihat lagi. Bila kita diduga dgn kesakitan, segala nikmat yang diberikan olehNya ditarik seketika. Nikmat Rasa, Nikmat Keseronokan (bkn 18PL ok).
Ye ke nikmat tu ditarik seketika???? Cuba bayangkan kalu segala nikmat yang diberikan ditarik untuk selama-lamanya.
Sejak semalam lagi perkara ni berlegar-legar dalam kotak fikiran aku yang tak berapa besar ni. Tiba-tiba aku rasa takut mengingatkan tentang KEMATIAN.
Ape yang akan berlaku kalu Dia mencabut nyawa aku didalam keadaan belum cukup bekalan ke sana nanti.

Bagaimana dengan tanggungjawab yang aku tinggalkan didunia.....

2 orang permata yang bersih di awal kelahirannya diberikan olehNya untuk dididik dengan penuh kesempurnaan kelak menjadi insan yang berguna didunia dan akhirat.

Sudahkah aku menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada seorang suami???

Tanggungjawab seorang anak kepada ibubapanya???

Tanggungjawab kepada organisasinya????

Masih banyak lagi yang belum aku lunaskan sebagai hambaNya. Aku masih lalai dalam keseronokan dunia.
Aku tidak sempurna di dalam mencintaiMu.

"Ya Allah doaku kepadamu,  jauhilah kami sekeluarga daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Tetapkan hati kami untuk mentaatiMu. Jauhilah kami sekeluarga daripada seksaan kubur dan api neraka. Sesungguhnya hambaMu ini takut akan seksaanMu".




Cherating - Part 2

Salam,

Sambungan drpd citer cherating part 1.takder citer sangat pun cuma aku nak upload gambar mkn2 jer.Itupun tak banyak sangat memandangkan seperti yg aku citer en suami aku dah mula syak.(berdosa ker tak bagitau en suami).

Dinner kat restoran intan. Tempat ni mmg disuggest oleh pahang tourism. makanan mmg mabeles tp tempat nak pegi sana yang susah skit.

breakfast kat hotel


lunch kat hotel jer

antara dessert kat hotel. pada aku rasa ader kureng skit.

lauk budak uzair

lauk budak aleya

antara dessert waktu bbq dinner. hidangan utama tak ambil coz waktu ni aleya dah start meragam.

Dessert yang aku amik waktu bbq dinner. tak sempat nak habiskan coz terpaksa balik bilik. Kenapa????

Antara makanan yang ditapau oleh en suami waktu bbq dinner. sebelum tu aku dah melantak sepinggan sotong n kambing bakar. Waktu tu terpaksa balik bilik coz aleya tak sedap perut.Rupa-rupanya cirit birit.
 The end story mory of cherating.........

Friday, May 6, 2011

Cherating - Part 1

Salam,

Minggu lepas ader family day untuk off en suami. Lokasi di Cherating. Masa bertolak pukul 8.00 pagi dari Desa Pandan. Kami sampai cherating 15 minit lagi pukul 12.Tak banyak gambar pun aku ambik memandangkan en suami agak curiga melihat perangai aku yang mmg tak suka bergambar n ambil gambar tapi semenjak 2 menjak ni aku excited nak rakam setiap benda yang nak dibuat. So takder la beria sgt kat sana. Macam takde mood sgt nak bercerita so layan gamba jer la.


Aleya sibuk nak main sukaneka

uzair aksi bagai perenang terhandal

asyik tanam badan kat pasir

mama duduk tgk ayah main sukaneka

ayah dalam kumpulan pink.auwwww

siap sedia untuk berenang.posing dalam bilik jer coz malas nak bwk kamera kat kolam

aleya n uzair

tema bbq dinner "MERAH"


Uzair n Danish. Teman rapat sepanjang kat cherating. Tak boleh berenggang.





Hari terakhir nak pegi b'fast sebelum balik KL


main buaian dulu sblm balik bilik. Time ni diorg sibuk nak swimming tp aku malas nak basahkan baju mandi coz nak pack barang.









Selamat Hari Lahir Mak & Selamat Hari Ibu

Salam,

6 May 2011. Selamat Hari Lahir Mak.

"Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik kepada Ibu Bapa kami. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami semasa kami masih kecil. Amin." 

Thursday, May 5, 2011

Ingin ku miliki tetapi......

Salam,

Berangan je la. nak masukkan dalam wishlist 2011 pun tak berdaya.nak masuk dalam wishlist 2013 kang dah ketinggalan zaman plak.huhuhuhu.......


coach

marc by marc jacobs

tommy hilfiger