Friday, September 30, 2011

masak-masak,makan-makan

As salam,

Semalam bagi udang kat mak. Suruh mak masak coz udang kalu buat masak lemak cili api memang mabeles. Pekena lak ngan ikan pekasam goreng....pehhh terangkat. Resepi ikan pekasam ni senang je. Bawang & cili kering.(aku start buat bila SIL aku ajar. Makanan orang kedah.)
Kebetulan hari ni ade jamuan so aku buat la cheesecake semalam. Ramai gak yang mintak resepi. Seronok tau bagi orang makan aper yang kita masak aper lagi kalu orang makan sedap (cewah).
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 27, 2011

resepi cheesecake brownieskuyangsedap


Brownies yang siap diadun sebelum dibakar


Cheesecake Brownieskuyangsedap dah siap


As salam,


Hari ni tergerak hati nak post resepi seperti di atas.(panjangkan nama cake aku). Sebenarnya resepi cheesecake ni aku ambil dari Blog TTM. Ok sekarang aku nak kongsikan pada semua supaya korang boleh buat sendiri. Tak payah nak tempah2 (tp kalu nak tempah kat aku pun boleh).


Bahan2nya ialah:-
Brownies
125g butter
150g eating chocolate (aku letak lebih skit)
150g caster sugar (aku letak 110g je)
1 biji telur
110g tepung
35g tepung naik sendiri

Cara2
masakkan butter bersama2 coklat.
Pukul telur,gula, coklat plus butter yg dicairkan & adunan tepung.
Bakar atas dulang yg digrease selama 10-15m (180°c)

Topping
250g cream cheese
Satu sudu esen vanilla
75g castor sugar
1biji telur
125ml cream( aku guna thickened cream)

Cara2
Putar cheese,esen vanilla,gula,telur.
Putar cream.
Tuang topping atad brownies yg dah masak tadi. Bakar 15-25minit (180°c)
Biar cheesecake sejuk kat luar sebelum masuk dalam peti ais.

Kat atas topping kalu suka boleh letak strawberi /choc chip atau aper-aper yang korang suka.


Selamat mencuba.....
Published with Blogger-droid v1.7.4






Friday, September 23, 2011

Outing dengan member-member lama

As salam

Sebenarnya hari ni ader jemputan umah terbuka (kak niesa) tp tak gi coz tak tau jalan. So amik keputusan ajak member2 gi makan2 & gosiping2. So destinasi perjumpaan Alamanda la. Diorg mmg dah lama aku kenal. Ita aku kenal since mula2 lapor diri. Kitaorg sama2 baru masuk (waktu tu bujang lagi.) Aida lak masuk kat off kitaorg lbh kurang 2 thn selepas itu. Sampai sekarang walaupun masing2 dah bertukar tp still keep in touch (w/pun tak selalu). Hope persahabatan ni kekal sampai bila2. (Konon2 nak amik gambar mknan tp tak ingat pun sebab memasing dah lapo.)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 21, 2011

Sambutan raya JPM

As salam

Hari ni ada sambutan raya utk agensi2 di bawah JPM kat PICC. Again minggu tidak berdiet. Tp sebenarnya aku br lepas baik dari keracunan makanan. Dapat la MC 2 hari. So tadi tak mkn byk sangat coz masih fobia lagi. Tahun ni jabatan aku kena buat nasi ulam hidangan makanan negeri perlis. Setiap jabatan akan mewakili makanan negeri2 tertentu. Ape lagi layan gambar je la ok.







Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 17, 2011

Hari merdeka & aidilfitri

As salam,

Semalam sambutan hari merdeka & hari raya kat tadika uzair.Meriah tgk budak budak.Bersemangat waja memasing. Aku rasa hari-hari penting macam ni mmg perlu disambut supaya budak2 genarasi baru ni tak lupa diri. So kita layan gambar je la.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 14, 2011

Sambutan Raya BPA....

As salam.

Hari ni ader sambutan raya kat office.Aku salah sorang urusetia utk majlis ni.(tp yg bestnya aku ingat majlis tu esok.hehehe...apa punya urusetia).Mana taknya kerja berlambak sampai tarikh pun boleh tak ingat. Gambar makanan tak amik coz dah jumpa geng terus berchit chat. So gambar yang ader sebelum majlis bermula.






Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 9, 2011

gelagat anak2 ku

as salam.dah lama rasanye tak berblog.hari ni layan gambar anak2 jee la.selamat hari raya pd teman2 blog.............






Published with Blogger-droid v1.7.4