Friday, April 20, 2012

Mari BerSnogurt

Assalam,
Mari berfroyo dengan Snogurt. Tempat baru untuk berfroyo. Baru jumpa tadi kat Putrajaya (P15). Rasa memang terbaik. Paling aku suka pineapple. Harga kurang 4 sen dari Tutti Frutti iaitu 0.49 sen. Cuma bahan-bahan taburan kurang menarik. Mungkin masih baru. Bagi peminat aiskrim yogurt jangan lupa mencuba.....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, April 18, 2012

Treasure Hunt & Explorace

Assalam,

Cerita Sabtu lepas...saje masuk treasure hunt anjuran JPM. Team kitaorang ada 4 orang (2 lelaki, 2 pompuan). Ada 5 task yg kitaorang kena lalui. Task paling mencabar tentulah task di Alamanda. Memang memerlukan daya pemikiran yang tinggi dan kreatif. Waktu task kat Alamanda semua group dah berkumpul memandangkan task hanya akan bermula jam 10.45 pg. Kalu tgk group lain mmg beria-ria la. Group kitaorang je steady sebab motif masuk suka2 & release tension (tp kalu menang apa salahnya).

Kesimpulan treasure hunt ni, kami tak menang ape2 tapi aku seronok sebab boleh rapatkan lagi hubungan dengan teman sekerja & yang penting kita ENJOY. Walau tak menang tapi aku dapat cabutan bertuah. Alhamdullilah. Baucar penginapan ke mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan kecuali Langkawi dan PD. Tengah berpikir2 nak pergi mana yek....


Sempat posing sebelum start task terakhir (lokasi: Alamanda)



Soalan yang kena selesaikan... Tinggi kepahamannya.


Bergambar selepas masing-masing menang cabutan bertuah


Pakej yang dimenangi.....

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, April 13, 2012

Birthday Girl-3 years old already

Assalam,
Entry nak buat semalam tapi bertangguh. Hari ni curi masa skit sebelum start keje untuk entry khas buat Rasha Aleya. 11 April 2012 genap aleya 3 tahun. Selamat hari lahir aleya. Sambutan kecil-kecilan kitaorang buat kat shah alam. Kenapa Shah Alam? Sajer jer kebetulan boleh ajak adik bongsu aku makan-makan sekali sementelah cuti plak tu. Sebenarnya nak celebrate skali dengan abang aku yang kebetulan besdaynya bulan yang sama tapi dia ada kerja plak. Dalam family kitaorang kebetulan ada yang bulan kelahiran sama contohnya adik aku & Uzair bulan 2, abg aku & Aleya bulan 4, aku & mak bulan 5, kakak aku & ayah bulan 10. En suami je bulan 6 so biasanya besday dia skali sambut dengan besday girl bulan 5. Senangkan.....

Alhamdullilah Aleya membesar dengan sihat. Semoga Aleya menjadi anak kebanggaan mama & ayah dunia dan akhirat. Amin.


Sepotong jer besday cake aleya.


Besday girl yang suka sangat makan kek


Uzair  & ummi. Abang pun ada kek jugak mama...


Mak & Ayah

P/s:Besday girl meragam aritu. Ada lagi ke istilah beralih bulan untuk budak dah besar?????

Published with Blogger-droid v1.7.4