Thursday, April 28, 2011

Makan-makan

Salam,

Hari ni ader makan2 kat off sempena perpisahan mira & ibu adam. So semalam aku amik kesempatan untuk buat cheese cake brownies. Balik umah mmg tak amik pun anak coz nanti susah aku nak buat kek. Tapi aku dah bgtau mak aku yang aku amik lambat skit coz ader projek tergempar.
Sampai umah ape lagi mulakan operasi membaking. aku amik masa sejam untuk sediakan kek ni. Adunan pertama dah siap. Tara......

adunan brownies siap utk dibakar
Settle adunan pertama aku sumbat dalam oven, beralih pd adunan kedua. Susah skit nak buat adunan kedua coz takut cheese berketul2 n kalu terlebih pukul nanti jd keras. (tp aku rasa cam terlebih pukul). Siap adunan kedua untuk letak kat atas brownies yang dah dibakar.


adunan kedua cream cheese
Bila dua2 adunan dah siap dibakar maka rupanya seperti ini............................


Sementara aku nak tunggu kek ni sejuk coz nak masuk dalam peti ais so aku pun masak untuk makan malam . Yang simple2 aje sebab nak berkejar amik anak. Dah janji lepas maghrib nak amik. Kalu x amik alamat budak 2 org tu akan bersoal jawab ngan aku itu...ini....Dah settle semua benda, elok jer nak amik anak en suami balik. Pastu siap ajak aku gi bangi coz nak tunjuk jalan pergi Darul Shifa. En suami takut dia balik lambat esok n lusa so nanti x sempat nak tunjuk jalan kat aku coz mggu dpn aku cuti nak bwk mak pergi darul shifa.
Terpaksa la tangguh amik anak. Lepas makan baru amik anak & terus rempit pegi bangi. Balik dari bangi dah pukul 10 malam. Tidokan anak n aku teruskan misi menghiaskan cheese kek. Tp x cantik coz coklat aku cair sangat n strawberi tu berair. (kesian coklat n strawberi disalahkan. sebenarnya tuan badan yang x pandai.hehehehehehe).


cheese cake brownies

lauk makan malam yg simple tp alhamdullilah mengenyangkan

P/S: kepada kwn2 yang akan merasa kek den ni kalu sedap war2kan tp kalu tidak sila simpan jer kata2 nista ok. I tak rela u.....






Wednesday, April 27, 2011

Gifts from London

Salam,

Minggu lps en suami dapat cenderahati daripada kawan dia kat London. En suami panggil dia Sam London. Dapat english tea n keychain. English tea aku rasa cam pelik sikit tp ok la. Aku tanya en suami naper dia tak bagi FM coz aku mmg gemar sgt2 dgn FM ni. Sekali en suami kata orang nak bagi yang itu je nak buat camner. hehehehe....betul la jugak tp biasanya org kalu nak bg jarang bg tea. tak kisahlah......Lagipun aku dah ader FM dr London. Kak niesa bg waktu tour europe tahun lepas.
Aper2 pun tq pada yang memberi.


FM dr kak niesa.

english tea n keychain dr Sam London


Monday, April 25, 2011

Cuti-cuti malaysia

Salam,

Minggu ni aku dalam mode happy coz hjg mggu ni akan ke Pantai Timur untuk merehatkan minda. Actually bersama2 ngan staff Lintas Travel untuk salah satu aktiviti setiap tahun diorang iaitu family day. Kali ni akan ke Cherating. Can't wait tp tak nak terlalu excited.

Friday, April 22, 2011

Syukran

Salam,

Alhamdulliah. Syukur. 2 perkataan yang aku nak ungkapkan. Selepas ini tanggung dan jawab ada besar sikit. Semoga aku boleh lalui semua ini dengan tabah seperti mana aku pernah lalui 7 tahun yang lepas. Aku akan bermula dengan zero semula.
Teringat kata2 teman baik masa aku pernah rasa kecewa dulu " Mungkin rezeki kita belum sampai lagi. Ada sebab kenapa allah melewatkan rezeki kita. Mungkin ada yang terbaik Dia nak berikan pada kita." Aku berfikir mungkin sekarang adalah masa yang terbaik Dia nak beri kpd aku. Doaku semoga dipermudahkan segala urusanku.

Tuesday, April 19, 2011

Cerita Daun Kesum

Salam,

Hujung mggu lepas balik rumah MIL kat koyan. Tapi sebelum nak balik tu ader sedikit perubahan rancangan. Pagi sabtu en.suami call ckp pakcik dia kat penang meninggal. So dia cakap kat aku samada nak balik pahang or koyan coz mak balik penang tp ahad pagi balik koyan. Aku x kisah tp kisah gak la coz perjalanan yg x dirancang so budget pun x dirancang la. pikir punya pikir aku n en suami decide balik koyan je la dpt gak jumpa mak w/pun hr ahad jer.

Waktu aku blk aritu kebetulan adik ipar aku pun ader. so hr ahad tu kami together gether masak. Yg mengetuainya aku la...(hehehehehe). Menu aritu kitaorg masak

 a) Ikan talapia asam pedas.
 b) Sotong masak kicap.
 c) Ikan patin masal sambal cili api
 d) Sawi putih goreng / Ayam Goreng (Menu wajib memandangkan MIL aku jual Ayam)

Citer daun kesum ni start masa aku nak buat asam pedas. mak & ayah mmg suka kalu asam pedas ltk daun kesum. Time tgh msk aku teringat mana nak cari daun kesum. Adik ipar ckp kat umah mak lang. sebelah je ngan umah mak. Aku pun tak tggu2 trs jer pegi cari. Sebenonya aku tak tau pun rupa paras pokok daun kesum. Tp konon2nya nak guna deria hidu la.cari punya cari x jmp. aku patah balik umah.
Adik ipar aku Sha, tanya kat aku mana daunnya kak. Aku geleng2 ckp yang aku tak jmp pun. Boleh plak si Sha ni ckp akak kenal ke rupa pokok kesum. Aku geleng tp aku kata aku guna deria hidu.
Apelagi kami berdua-duan pegi cari daun kesum. Rupa-rupanya............daun tu elok jer tumbuh kat tepi longkang. Tempat tu lembab2 skit. Time petik daun tu si Sha ni rajin menerang kat aku psl pokok kesum ni. kak pokok ni ....bla...bla....tempat lembap...bla...bla. Aku lak asyik ooooooooo mcmtu  ker.......
Nasib baik mak aku xder kalu tak........hancus. Tapi yg penting asam pedas aku menjadi. Meh kita tgk skit gambar pokok daun kesum.


gambar ihsan dr google

Friday, April 15, 2011

Balik Kampung

Salam,


Jumaat datang lagi.cam biasa mestilah seronok. Esok bercadang ngan suami nak balik rumah MIL kat koyan. Lama dah x balik. Skang pun tgh musim durian bertambah-tambahlah sonok.



Wednesday, April 13, 2011

sambutan kecil-kecilan

Salam,

Memandangkan semalam en suami balik awal so br ader kesempatan utk sambut birthday aleya (xder la sambut sgt). Cuma sepotong brownies dgn 2 batang lilin. Bersungguh aleya tiup lilin.first time la katakan.

siap sedia nak tiup lilin

Tapi sebelum tu ader adegan merajuk oleh budak ni. Orang sibuk nak pasang lilin, dia sibuk nak tiup lilin. Mari kita tgk muka budak yang suka merajuk ni.


KuiKuiKui.....tang mulut tu yang tak tahan. Panjang sedepa.......alahai anakku Aleya.



Monday, April 11, 2011

Selamat Hari Lahir

Salam,

Hari ni mengimbau 2 tahun yg lepas 11.4.2009 selamat melahirkan puteri yg comel Rasha Aleya. Hari ni genap aleya berusia 2 tahun. Selamat Hari Lahir sayang.


Semoga menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya didunia & diakhirat. Macam biasa aku x celebrate coz masih kecil dan belum kenal lagi benda2 ni semua. maybe dia dah sekolah mcm uzair aku celebrate. Celebrate pun kat sekolah jer br seronok. Petang ni mama belikan aleya kek kegemaran aleya walaupun bukan macam dalam gambar ni. Nak buat tp xder masa dan bahan.

gambar ihsan dr google jer

Thursday, April 7, 2011

Break Fast - Day 2

Salam,

Hari Kedua berpuasa sahur ngan penne meatball. Tgk dalam peti ais ader balance meatball so terus masak. Masak lebih skit so boleh la en.suami bawak bekal sarapan. Petang balik terus capai aper yg senang nak masak dan hasilnya......tadaaaaa 

sup sayur n telur

ketam bercili
Hari ni tak puasa coz ecah a.k.a mama vogue bawak burger malaysia (first trial tu.....sedap).Tq

Break Fast - Day 1

Salam,

2 hari lepas puasa ganti.ader lg 13 hari aku nak kena ganti. so pagi2 mulakan sahur dgn sekeping roti ngan kaya.xder selera. Bukak puasa masak ala kadar coz aku hanya ader masa sejam utk aku masak memandangkan nak kena amik uzair n aleya. pastu nak kena hantar uzair mengaji pukul  6. Hasilnya terhidang makanan ringkas utk kami sekeluarga.

telur goreng

sayur kobis goreng bilis

udang paprik



Tuesday, April 5, 2011

Pengaruh TV

Salam,

Skang aleya dah pandai tiru tagline kat tv cthnya

a) kalu nampak org yg kekurangan rambut atau dalam erti kata botak mesti dia ckp halus....(sambil gosok kepala).Mula2 aku cam pelik gak apasal dia ckp camtu tp bila kuar iklan nescafe yang ader harith iskander tu br aku tau....oooo dia tiru dari situ.

b) anak2 aku duk ngan mak n ayah aku. Disebabkan duduk dikalangan peminat cerita drama (jangan tukar siaran kalu tak alamat meroyan kot) so sedikit sebanyak aleya terpengaruh. Contoh paling kritikal bila tgk citer marimas (aku pun x tau citer aper tu.tp berdasarkan lakonan semula aku rasa citer sepanyol kot) Asal sebut marimas mesti dia ckp auwww. siap dgn gaya2 skali. sgt comel.

Begitulah bdk2 sgt cepat terpengaruh. Itu baru tgk TV kalu tengok perbuatan secara live lagi senang dia ikut. Jangan lupa perhatikan tingkah laku anak2 kita.


Juju

Monday, April 4, 2011

Erti sebuah persahabatan

Salam,

Hari ni x disangka2 kwn lama time sekolah2 dulu call nak jumpa. mmg teruja sgt coz sblm ni mmg dia ader ajak jumpa tp aku selalu xder n sibuk. hari ni pun sibuk tp tak kira aku nak jumpa gak. Thanks to saravanan n palin coz sabar jer ngan kawan ko yang sorang ni.manjang sibuk.ntah aper yg disibukkan tak tau la. so disebabkan rasa bersalah coz selalu xder maka aku ajak diorg lunch kat luar n aku keluar awal lunch td.mkn2 n borak2 membawa aku kenangan 14tahun lepas.
Seronok sgt time tu. kawan2 ponteng (sila jangan tiru aksi ni) kawan sedih, gembira n mcm2 la. tapi sekarang semua dah berubah. bila masing2 dah bekerja n berkeluarga masa yang ader lebih kepada kerjaya n family. Cuma aku skang terpikir, untuk mencari kawan mmg senang sekarang tapi mencari seorang sahabat sangat susah.
Sahabat yang boleh menerima ape saja kekurangan sahabatnya tak kira disaat susah dan senang. Tapi aku tahu untuk mencari sahabat seperti itu ngak mungkin. Cuma aku selalu menyiapkan diri untuk terima aper saja kekurangan yang ader pd diri aku sekiranya aku bukanlah seorg kwn/sahabat yang disenangi. Kita boleh menjadi Best friend/Close friend tapi menjadi Trusted friend??? tepuk dada tanyalah hati kita dikategorikan dibawah.........


Juju

Friday, April 1, 2011

SIBUK

Salam,

Hari ni sgt sibuk di off. Agak tak menang tangan so tak buleh apdet blog panjang2. Selamat berhujung minggu bersama keluarga.


Juju