Wednesday, March 27, 2013

Colgate Optic White

Assalam,
Korang pernah cuba tak Colgate Optic White ni? Bukan nak promosi sebab aku pun baru nak pakai. Kalu ada yang dah pakai kongsi-kongsikan la pengalaman korang kat sini. Kalu ikut kotak seminggu pakai dah putih gigi. Takpe nanti kita cuba dan hasilnya kalu rajin kita kongsikan.

Friday, March 22, 2013

Biar gambar bercerita

Assalam,
Lama sudah tak menulis disini. Nak kata takde cerita tak jugak. Banyak nak citer. Memandangkan aku jenis malas nak berpart-part dalam cerita (nak tunggu part seterusnya alamat berjanggut la) makanya biar la gambar saje yang bercerita apa yang berlaku.

Hari jadi Uzair 20 Februari 2013. Aku buatkan Nip Chocolate Cake

Rupa Nip Chocolate Cake

Pelukis jalanan. Sekarang uzair ni gemar melukis

Antara hasil seni



19 Mac 2013. Ulangtahun perkahwinan ke 8. Alhamdullilah.

Makan-makan sempena pertukaran boss kami Puan Rogayah dan Puan Azlina yang sambung belajar. Huaa sedih tau.