Friday, March 30, 2012

Anak baru kami

Assalam,
Dah lama tak buat aktiviti ni bersama-sama. Dah banyak kali uzair mintak cuma baru skang kami on semula aktiviti ni. Nak tau aktiviti ape....







Bela anak ikan. Cantik tak?

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, March 29, 2012

Baking time

Assalam,
Semalam setelah sekian lama tidak membaking sementelah hari ni ada jamuan aku decide nak buat cheesecake ( my favereto. Sebab tu asyik buat cheesecake semedang). Kali ni aku buat base dia guna biskut oreo.Biasanya aku buat brownies. Saja nak cuba yang lain plak. Kita rasa je la nanti mana sedap biskut atau brownies.


Cheesecake siap untuk dibakar


Taraaaa...... dah siap. Sejukkan baru sedap dimakan.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, March 26, 2012

Lawatan ke Rumah Aman

Assalam,
Aktiviti Sabtu lepas bersama-sama Puspanita Biro Pengaduan Awam & MOSTI. Sangat best dengan persembahan Musical Science dari Pusat Sains Negara & aktiviti- aktiviti lain. Alhamdullilah budak-budak ni ditempatkan ditempat yang sangat mementingkan pendidikan agama disamping pendidikan dunia yang lain. Rumah Aman ni menekankan penggunaan B.I, BM dan B.Arab kepada penghuninya. Budak2 sekitar umur 7-13 tahun. Kita layan gambar la.




Kanak-kanak yang sangat polite.

Makan sama-sama. Time ni la nak beramah mesra


Bergambar kenangan

Persembahan Musical Science dari team PSN. Bagus bebudak ni.


Salah satu aktiviti eksperimen yang dibuat.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, March 22, 2012

Team Manager katanya.....

Assalam,
Minggu lepas ada perlawanan bola jaring untuk Jabatan bawah JPM. So kitaorang hantar satu kumpulan untuk wakil. I tak main u....team manager katanya....hahahaha. Kalu suh aku main alamat mmg kena kutuk je la.

Tak menang pun tapi seronok la coz at least ada penyertaan. Dah berlatih pun seminggu jer camne nak bajet menang plak.Lain la jabatan lain aku tgk mmg pro. Ape pun janji team BPA gumbira.


Harus la TM bergambar






Masa sesi latihan

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, March 20, 2012

Sudah 7 tahun...Alhamdullilah

Assalam,

Genap 7 tahun (19/3/2012) aku dan en suami bersatu,bersama susah dan senang. Alhamdullilah, doaku semoga keluarga kami sentiasa diberkati Allah. Sempena hari yang spesel ni, kami sekeluarga celebrate makan2 kat salah satu tempat fevereto aku. Mana lagi kalu bukan......


Pizza San Francisco


Tuna Meltz kegemaran En Suami


Mushroom Chicken pilihan suami


Aku dah tentu pilih Salmon Steak. Mmg fevereto aku kalu datang sini


Choc Brownies. Kena plak suam2 makan ngan eskrem mmg terangkat


Sedap la mama


Abang yang teruja nak pegi Putrajaya



Selesai makan kitaorang ke Putrajaya bawak Uzair & Aleya jalan-jalan. Tapi rugi coz tak bawak basikal. Punya la ramai yang melepak kat Dataran. Merajuk bebudak ni. Sori anak mama.....Sempena hari istimewa ni kami bercadang untuk bercuti dalam tempoh terdekat. Plan kat mane masih mencari-cari.








Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, March 10, 2012

Kekonon hadiah anniversary


Assalam,
Lama tak mencoret kat blog ni. Memandangkan umah pun dah siap cuma tinggal nak kemas je makanya hari ni luangkan masa skit updet blog. Minggu depan 19 mac genap 7 tahun kahwin.Memandangkan jatuh pada hari isnin so en suami decide celebrate hari ahad 18hb. Dalam kepala aku dah pilih tempat untuk celebrate. Nanti aku citer kat sini selepas hr kejadian ok.
Sebenarnya nak citer pasal hadiah yang aku beli utk en suami. Rasanya dah 7 tahun kawin mostly ini la hadiah yang aku beli. Ganas betul en suami pakai. Tahun lepas tak silap aku benda yg sama gak aku beli. Bila dia komplen kata dah tak elok, saja la tu nak suh aku belikan. Memandangkan anniversary coming soon so aku decide beli benda ni.
Hadiah aku......sebenarnya aku tak pernah mintak pun dan en suami pun memang tak beli. Sekadar kad setiap tahun.Tak kisah pun sebab sebenarnya dia dah bagi macam2 pun. Kasih sayang, perhatian & .....duit.hehehehe. Betul tak?
Published with Blogger-droid v1.7.4