Monday, August 19, 2013

Rajinnya masak

Assalam.

Memandangkan cuti semalam jadi mood masak datang la dan tak semena-mena terhidang la hidangan minum petang. Memikirkan uzair sekolah dan mesti lapar jadi aku gagahkan jugak buat nasi goreng, panaskan rendang dan ketupat palas yang dibawa dari kampung. Selesai semua bersiap amik uzair balik sekolah. 

Tapi disebabkan tekak aku haritu teringin nak makan sate makanya singgah kejap beli sate tersedap yang aku rasa. Memang aku kalu nak makan sate mesti beli or tempah kat abang ni. Sate dia memang terbaik. Tapikan kami makan lepas maghrib so tak tau nak kata minum petang ke atau makan malam. Kalu breakfast dengan lunch orang panggil brunch tapi kalu konsep ni panggil ape yek. Kekdahnya makan malam la sebenarnya.

Ok la sebelum aku lupa nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga untuk semua teman-teman di Blog.


Thursday, August 1, 2013

Raya nak dekat..jom jahit baju

Assalam. 

Huhuhu baru perasan yang aku tak kelim lagi baju raya. Punya la relaks hujung minggu pastu tak ingat baju belum siap.Nasib mak aku ingatkan." Ko bila nak kelim baju raya. Mak jahit je. Nak settlekan buat sendiri".

Maka semalam aku pun start kelim sehelai dulu. Jarum kat umah plak tak berapa nak tajam. Hari ni sambung balik. Kalu dulu memang keje aku mengelim baju yang mak dah siap jahit. Asal nak raya je habis la jemari ni mengerutu sebab pegang jarum je. Tapi sekarang tak lagi sebab mak pun dah malas nak menjahit. Kalu jahit pun baju anak-anak je. Tapi aktiviti mengelim masih ade. Mak aku kata kalu nak suruh dia jahit boleh tapi finishing buat sendiri. Ok la tu sebab aku memang tak suai beli baju dah siap. Tak selesa. Dari kecil sampai sekarang tak pernah membeli baju ready made. Kadang- kadang teringin gak bila tengok yang cantik dimata tapi bila try tak sedap pakai. Baju mak aku jahit gak yang sedap pakai. 

Mak pun dah banyak kali bebel cakap takde sorang pun anak pompuan dia warisi kemahiran menjahit. Mak aku kata pandai jahit baju sendiri ngan anak-anak dah ok. Kalu nak menempah sekarang dah mahal. Paling murah orang nak amik untuk baju kurung dah makan 80-90. Terpikir jugak tapi takde masa la mak...hehehe alasan je tu.