Friday, April 13, 2012

Birthday Girl-3 years old already

Assalam,
Entry nak buat semalam tapi bertangguh. Hari ni curi masa skit sebelum start keje untuk entry khas buat Rasha Aleya. 11 April 2012 genap aleya 3 tahun. Selamat hari lahir aleya. Sambutan kecil-kecilan kitaorang buat kat shah alam. Kenapa Shah Alam? Sajer jer kebetulan boleh ajak adik bongsu aku makan-makan sekali sementelah cuti plak tu. Sebenarnya nak celebrate skali dengan abang aku yang kebetulan besdaynya bulan yang sama tapi dia ada kerja plak. Dalam family kitaorang kebetulan ada yang bulan kelahiran sama contohnya adik aku & Uzair bulan 2, abg aku & Aleya bulan 4, aku & mak bulan 5, kakak aku & ayah bulan 10. En suami je bulan 6 so biasanya besday dia skali sambut dengan besday girl bulan 5. Senangkan.....

Alhamdullilah Aleya membesar dengan sihat. Semoga Aleya menjadi anak kebanggaan mama & ayah dunia dan akhirat. Amin.


Sepotong jer besday cake aleya.


Besday girl yang suka sangat makan kek


Uzair  & ummi. Abang pun ada kek jugak mama...


Mak & Ayah

P/s:Besday girl meragam aritu. Ada lagi ke istilah beralih bulan untuk budak dah besar?????

Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

  1. Semasa masih anak-anak gini memang seronok bermain dan bermanja. muga-muga terus membesar dengan rahmat Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,
      Insyaallah semoga membesar menjadi kebanggaan Mama dan Ayah didunia dan akhirat.

      Delete